242 Pelajar MARA Di Perancis Berada Dalam Keadaan Selamat Dan Terkawal

19 Oct 2026 • 9:42 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

242 Pelajar MARA Di Perancis Berada Dalam Keadaan Selamat Dan Terkawal

Majlis Amanah Rakyat (MARA) memaklumkan kesemua 242 pelajar berada dalam keadaan selamat dan tiada pelajar MARA dilaporkan terlibat dalam sebarang insiden rusuhan di Perancis.

Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) MARA, Zahari Aziz berkata, MARA sentiasa memberi perhatian terhadap keselamatan dan kebajikan 242 orang pelajar tajaan MARA yang sedang mengikuti pengajian di negara berkenaan.

242 Pelajar MARA Di Perancis Selamat

"MARA mengambil perhatian penuh dan melaksanakan pemantauan dari semasa ke semasa untuk memastikan 242 pelajar tajaan MARA berada dalam keadaan selamat dan terkawal.

"Hasil pemantauan dan laporan daripada wakil pelajar di semua Universiti, tiada pelajar MAR terlibat dalam insiden rusuhan," kata beliau.

Tambah Zahari, pihaknya sentiasa berhubung dengan pelajar dan mengingatkan mereka supaya berhati-hati, menjauhi kawasan demonstrasi serta mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan dan Kedutaan Besar Malaysia di Paris.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved