
Kota Kinabalu: Dua puluh lima orang masing-masing dipenjara empat bulan kerana memasuki negeri ini secara haram.
25, terdiri daripada warga Indonesia dan Filipina, mengaku bersalah secara berasingan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Hurman Hussain.
AdvertisementPATI itu ditahan secara berasingan di Keningau, Papar, Menumbok, Kudat, Beaufort dan Sipitang pada Januari tahun ini selepas gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri semasa operasi dijalankan Jabatan Imigresen.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen, 1959/63 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda sehingga RM10,000, jika sabit kesalahan.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Semasa mitigasi, semua PTI meminta diringankan dan dikembalikan ke kampung halaman mereka secepat mungkin serta hukuman dijalani dari tarikh mereka ditangkap.
Kesemua mereka diperintahkan menjalani hukuman penjara dari tarikh mereka ditangkap.
AdvertisementSementara itu, tiga orang masing-masing dipenjara 12 bulan kerana tinggal lebih masa di negeri ini selama 12 dan 14 tahun selepas dokumen mereka tamat tempoh.
Ketiga-tiga mereka ditahan di Keningau dalam operasi yang dijalankan di kawasan Keningau, baru-baru ini.
AdvertisementSiasatan mendapati pas lawatan sosial ketiga-tiga mereka telah tamat tempoh sekian lama tetapi mereka masih tinggal di negeri ini.
Kesalahan mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 membawa hukuman denda sekurang-kurangnya RM10,000, atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Selepas tamat hukuman penjara, pendatang tanpa izin dan ketiga-tiga mereka diarah dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.
Pendakwaan kes itu dijalankan oleh Pegawai Pendakwa Jabatan Imigresen Aizah Mimin.



