
Kota Kinabalu: Seramai 14 individu dijatuhi hukuman penjara empat bulan masing-masing kerana memasuki negeri ini secara haram.
Kesemua mereka, terdiri daripada warga Indonesia dan Filipina, mengaku bersalah secara berasingan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Hurman Hussain.
AdvertisementPendatang asing tanpa izin (PTI) itu ditangkap secara berasingan di Penampang, Kudat, dan sekitar bandar raya pada Januari tahun ini selepas gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri dalam operasi dijalankan Jabatan Imigresen.
Mereka didakwa di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda sehingga RM10,000 jika sabit kesalahan.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Semasa rayuan, kesemua PTI itu memohon hukuman ringan dan meminta dihantar pulang ke negara asal mereka secepat mungkin, selain meminta hukuman dijalankan dari tarikh mereka ditangkap.
Sementara itu, dua individu dijatuhi hukuman penjara kerana tinggal melebihi tempoh n di negeri ini.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Mereka adalah Herianto, 27, dan Ostal Rajil, 57, yang masing-masing mengaku bersalah atas pertuduhan dihadapi mereka.
Herianto dipenjara enam bulan kerana tinggal di negeri ini selama tujuh bulan selepas pas lawatan sosialnya tamat pada 29 Mei 2024. Dia ditahan pada 22 Januari tahun ini di Kudat.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Sementara itu, Ostal dipenjara 12 bulan kerana tinggal melebihi tempoh selama tiga tahun selepas pas IMM13 miliknya tamat pada 26 Jun 2021. Dia ditahan pada 22 Januari tahun ini di kawasan Penampang.
Kesemua mereka diperintahkan menjalani hukuman penjara dari tarikh mereka ditangkap.
Selepas selesai menjalani hukuman, kesemua mereka diperintah dirujuk kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.


