25 tahun Sultan Selangor terukir pada Keris Jubli Perak

7 Oct 2026 • 2:49 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 25 tahun Sultan Selangor terukir pada Keris Jubli Perak

SHAH ALAM – Pemerintahan 25 tahun Sultan Selangor, Sharafuddin Sharafuddin Idris Shah diabadikan pada sebilah keris yang sarat dengan simbolik warisan Melayu.

Keris Jubli Perak sepanjang 25 inci (63.5 sentimeter) mempunyai 25 motif berbentuk siku atau chevron, sembilan tatahan batu permata serta menggunakan tujuh jenis besi.

Menerusi hantaran di Facebook Selangor Royal Office berkata, keris istiadat tersebut dipersembahkan kepada Sultan Sharafuddin sempena Sambutan Jubli Perak Pemerintahan.

Menurutnya, setiap unsur pada keris berkenaan mempunyai makna tersendiri yang menggambarkan perjalanan pemerintahan baginda dan identiti negeri Selangor.

“Ukuran panjang keris sepanjang 25 inci memperingati 25 tahun pemerintahan Baginda, manakala penggunaan tujuh jenis besi melambangkan penyatuan kekuatan. Unsur Helang Putih pula menzahirkan keberanian dan kewibawaan.

“Sembilan tatahan batu permata mewakili sembilan daerah di Selangor. Sebanyak 25 motif berbentuk siku atau chevron pula mengabadikan perjalanan pemerintahan baginda, merentasi masa lalu dan masa kini serta membawa harapan ke masa hadapan,” katanya.

Berdasarkan hantaran Selangor Royal Office turut memaklumkan penggunaan kayu Black Healer Wood menghubungkan keris ini dengan warisan serta kepercayaan tradisional Melayu, sementara tanduk kerbau melambangkan ketahanan dan kehalusan seni pertukangan.

Penghasilan keris istiadat itu mengambil masa 12 bulan dan didahului penyelidikan menyeluruh mengenai sejarah, perlambangan, seni pertukangan serta bentuk tradisional keris.

“Reka bentuk awal kemudiannya melalui beberapa siri perbincangan sebelum dipersembahkan kepada baginda untuk pertimbangan dan penambahbaikan sehingga mendapat perkenan.

“Selepas itu, artisan dan tukang mahir dilaksanakan dengan teliti untuk menghasilkan komponen utama merangkumi bilah, hulu dan sarung, selain pertukangan perak serta hiasan logam yang melengkapkan keunikan Keris Jubli Perak.

“Kerja kemasan terakhir membabitkan pemasangan berlian dan batu permata terpilih pada sarung sebelum proses penggilapan dilakukan,” jelasnya.

Mengulas lanjut, katanya, penghasilan kerja bersejarah itu diterajui Yayasan Rafulin dengan individu-individu terlibat adalah Datuk Syed Haizam Hishamuddin Putra Jamalullail, Datuk Dr. Abdul Muati Zamri Ahmad, Datuk Ar. Wan Burhanuddin Wan Hassan dan Datuk Mohamed Raffe Chekku.

“Penghasilannya turut menzahirkan kekayaan seni warisan Melayu serta dedikasi para artisan dalam memelihara dan memartabatkan seni pertukangan keris untuk diwarisi generasi seterusnya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

The post 25 tahun Sultan Selangor terukir pada Keris Jubli Perak appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved