26 syarikat kaitan dengan Malaysia terlibat kebakaran hutan Indonesia

LocalEnvironment
27 Oct 2026 • 7:15 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: 26 syarikat kaitan dengan Malaysia terlibat kebakaran hutan Indonesia

JAKARTA: Wahana Lingkungan Hidup Indonesia (WALHI) mendedahkan dakwaan penglibatan puluhan syarikat yang mempunyai kaitan dengan kumpulan perniagaan dari Malaysia dan Singapura dalam kebakaran hutan dan tanah  di Indonesia sepanjang 2026.

Penemuan itu mendorong desakan supaya kerajaan memperkukuh penguatkuasaan undang-undang terhadap syarikat yang terbukti melanggar peraturan alam sekitar, termasuk menerusi kerjasama rentas negara.

Perkara itu dibentangkan dalam perbincangan kumpulan berfokus (FGD) bertajuk “Kebakaran Hutan dan Tanah di Indonesia: Meneroka Strategi Memutuskan Kitaran Bencana Tahunan Menerusi Penyelesaian Mampan” anjuran Yayasan Hak Asasi Manusia dan Dasar Inklusif (HURIP) di Hotel AONE, Jakarta Pusat baru-baru ini.

Daripada jumlah itu, WALHI mengenal pasti kira-kira 26 syarikat dari Malaysia dan 26 entiti yang mempunyai kaitan dengan Singapura. 

“Kami membuat pengesanan berdasarkan hubungan dengan kumpulan korporat dan mendapati kira-kira 26 syarikat dari Malaysia serta 26 entiti yang mempunyai kaitan dengan Singapura menyumbang kepada kemunculan titik panas di kawasan konsesi mereka,” kata Penggerak kempen hutan dan ladang di peringkat nasional WALHI, Umi Ma’rufah.

Beberapa kumpulan perniagaan besar turut disebut dalam penemuan tersebut. WALHI juga menyorot PT Kayung Agro Lestari yang, berdasarkan data yang dibentangkan, dikaitkan dengan 229 titik panas.

WALHI berpendapat isu itu perlu ditangani menerusi mekanisme kebertanggungjawaban yang jelas. 

Menurut pertubuhan alam sekitar itu, syarikat yang meraih manfaat ekonomi daripada kegiatan perniagaan di Indonesia juga perlu bertanggungjawab sekiranya terbukti melakukan pelanggaran yang menyebabkan kerosakan alam sekitar.

Menurut WALHI, beban kebakaran hutan dan tanah tidak seharusnya ditanggung masyarakat Indonesia semata-mata, terutama apabila kesannya turut menyebabkan pencemaran jerebu rentas sempadan di rantau Asia Tenggara.

Berdasarkan data yang dibentangkan WALHI dalam FGD itu, keluasan kawasan yang terbakar sepanjang 2026 dianggarkan melebihi 895,000 hektar, dengan kebakaran tertumpu di lima wilayah utama.

Kesan terhadap kesihatan turut menjadi perhatian apabila lebih 850,614 orang dilaporkan terjejas akibat jangkitan saluran pernafasan akut (ISPA). – AGENSI

 

 

 

 

 

 

 

The post 26 syarikat kaitan dengan Malaysia terlibat kebakaran hutan Indonesia appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved