27 kes kebakaran tanah gambut di Kelantan, lebih 100 hektar terbakar – JAS

LocalEnvironment
8 Oct 2026 • 4:34 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: 27 kes kebakaran tanah gambut di Kelantan, lebih 100 hektar terbakar – JAS

JAS Kelantan merekodkan 27 kes kebakaran tanah gambut tahun ini yang melibatkan keluasan kawasan terbakar melebihi 100 hektar.

BACHOK: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kelantan merekodkan 27 kes kebakaran tanah gambut sepanjang tahun ini, termasuk beberapa kejadian di Bachok antara Februari hingga Mei lepas, yang melibatkan keluasan kawasan terbakar melebihi 100 hektar.

Timbalan Pengarah JAS Kelantan Mohamad Zamzani Ibrahim berkata keadaan itu memerlukan pemantauan berterusan terutama di kawasan yang dikenal pasti berisiko tinggi, dan antara kawasan yang diberikan perhatian ialah Beris Lalang, Bachok dan Mukim Apam, Pasir Mas.

“Beberapa kejadian kebakaran tanah gambut telah berlaku di Bachok yang melibatkan keluasan kawasan kebakaran melebihi 100 hektar.

“Tindakan awal masyarakat dan agensi di lapangan amat penting kerana setiap minit amat bermakna dalam mengawal kebakaran tanah gambut sebelum merebak dan menyebabkan pencemaran udara yang lebih serius,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Latihan Hands On Prosedur Tetap Operasi Program Pencegahan Kebakaran Tanah Gambut di sini, hari ini.

Mohamad Zamzani berkata sumber air adalah antara faktor kritikal bagi menyokong operasi pemadaman, justeru infrastruktur pencegahan seperti sekatan saliran dan telaga tiub perlu dipastikan berada dalam keadaan baik.

Pemilik tanah, komuniti setempat dan pihak yang menjalankan aktiviti pertanian disaran supaya tidak melakukan pembakaran terbuka kerana perbuatan ini merupakan kesalahan di bawah Seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved