28 kawasan catat IPU tidak sihat setakat 3 petang

LocalEnvironment
6 Oct 2026 • 3:35 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: 28 kawasan catat IPU tidak sihat setakat 3 petang

PETALING JAYA: Sebanyak 28 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat pukul 3 petang tadi.

Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Batu Pahat, Johor mencatat bacaan IPU tertinggi iaitu 194.

Ia diikuti Nilai dan Segamat masing-masing dengan bacaan 170, Pasir Gudang (170), Tangkak (170), Seremban (168) dan Kluang (168).

Larkin pula merekodkan bacaan 166, diikuti Bandaraya Melaka (163), Putrajaya (162), Kota Tinggi (160), Pengerang (159) dan Indera Mahkota, Kuantan (159).

Cheras mencatat bacaan 158, manakala Balok Baru, Kuantan dan Johan Setia, Selangor masing-masing merekodkan 157.

Bukit Rambai pula merekodkan bacaan 156, diikuti Batu Muda (155), Shah Alam (155), Alor Gajah (155), Jerantut (155), Kemaman (155) dan Paka (155).

Banting mencatat bacaan 154, diikuti Petaling Jaya (153), Port Dickson (152) dan Rompin (152). Sementara itu, Klang merekodkan bacaan IPU 124.

Kesemua kawasan berkenaan merekodkan bacaan IPU antara 101 hingga 200 yang dikategorikan sebagai tidak sihat.

Bacaan IPU antara sifar hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat), manakala 301 ke atas dikategorikan sebagai berbahaya. – UTUSAN

The post 28 kawasan catat IPU tidak sihat setakat 3 petang appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved