280 pelajar IPT di Titiwangsa terima sumbangan RM1,000

26 Sep 2026 • 5:35 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: 280 pelajar IPT di Titiwangsa terima sumbangan RM1,000

KUALA LUMPUR: Seramai 280 pelajar baharu institusi pengajian tinggi (IPT) di Parlimen Titiwangsa menerima bantuan kewangan bagi membantu meringankan kos keperluan pengajian mereka.

Setiap pelajar menerima RM1,000 menerusi program sumbangan yang disampaikan sendiri oleh Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang juga Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri.

Johari berkata, bantuan berkenaan diberikan setiap tahun sebagai usaha membantu pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah melanjutkan pengajian ke menara gading.

Beliau berkata, pemberian sumbangan dalam bentuk wang berbanding komputer riba sebelum ini bertujuan memberi ruang kepada pelajar menggunakannya mengikut keperluan pengajian masing-masing.

“Program ini sudah dilaksanakan sejak 2013 dan kali ini ia membabitkan pelajar baharu IPT. Kalau kita nak keluar daripada kerangka generasi kemiskinan, kita tidak boleh lari daripada mempunyai pendidikan sempurna sama ada di sekolah rendah, menengah dan pada peringkat tinggi.

“Pendidikan sangat penting. Kalau kita dapat memberikan pengkhususan kepada pendidikan, ia boleh mengubah segala-galanya sekiranya dilakukan dengan bersungguh-sungguh,” katanya.

Terdahulu, Johari turut mengunjungi dan merasmikan Program Karnival Malurians Fun Day 2026 di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Maluri.

Ketika lawatan itu, beliau turut meluangkan masa beramah mesra bersama masyarakat menerusi pelbagai aktiviti yang disediakan penganjur. – UTUSAN

The post 280 pelajar IPT di Titiwangsa terima sumbangan RM1,000 appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved