Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Selangor kini menawarkan Biasiswa Khas Sagong Tasi 2026 untuk siswa Orang Asli yang berjaya mendapat tempat di Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan permohonan boleh dibuat menerusi pautan https://danapendidikan.selangor.gov.my/
Biasiswa Sagong Tasi merupakan tajaan khas bagi pelajar Orang Asli dari Selangor yang berasal daripada keluarga berpendapatan rendah.
Berikut adalah maklumat dan info lanjut mengenai biasiswa ini.

Mengenai Biasiswa Sagong Tasi
Biasiswa Sagong Tasi ialah biasiswa khas daripada Kerajaan Negeri Selangor untuk pelajar dari masyarakat Orang Asli anak Selangor yang menuntut di peringkat pengajian tinggi (IPT).
Program biasiswa ini dikhususkan untuk anak Selangor yang belajar di IPT berkenaan dan berpendapatan rendah.
Dengan adanya biasiswa ini, ia sedikit sebanyak dapat membantu pelajar Orang Asli yang menuntut di IPT untuk meneruskan pengajian mereka.
Tarikh Permohonan
Tarikh permohonan biasiswa ini dibuka mulai 22 September sehingga 12 Oktober 2026.
Kadar Biasiswa Sagong Tasi
Kadar biasiswa yang ditawarkan kepada pelajar Orang Asli yang berkelayakan adalah seperti berikut :
- Yuran Pengajian: Mengikut kadar sebenar yuran pengajian dan akan dibayar terus kepada pihak Universiti.
- Elaun Sara Diri: Elaun Sara Diri berjumlah RM600.00 sebulan yang akan dikreditkan terus ke akaun pelajar.
IPT Terlibat
Pelajar yang melanjutkan pengajian di IPT berikut layak memohon:
- Universiti Awam (seluruh Malaysia)
- Universiti Swasta seperti Universiti Selangor (UNISEL)
- Universiti Islam Selangor (UIS)
- Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor (STDC)
Syarat Kelayakan
Calon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan seperti berikut :
- Pemohon dan Ibu Bapa merupakan WARGANEGARA Malaysia; dan
- Pemohon mestilah ditakrifkan sebagai Orang Asli mengikut Akta 134 – Akta Orang Asli Tahun 1954; dan
- Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
- Ibu atau Bapa lahir di Negeri Selangor; atau
- Pemohon telah bermastautin lebih dari sepuluh (10) tahun di Negeri Selangor dengan pengesahan daripada ADUN/ Penghulu/ Pengerusi JKKK/ Ketua Kampung.
- Pemohon telah mendaftar pengajian DIPLOMA atau IJAZAH SARJANA MUDA secara SEPENUH MASA di IPT berkenaan (pengajian secara jarak jauh (PJJ)/ luar kampus (PLK) tidak layak memohon).
- Pemohon yang BELUM MENERIMA SEBARANG PINJAMAN/ BIASISWA/ BANTUAN KEWANGAN dari lain-lain penaja.
- Pemohon yang memperoleh pencapaian akademik yang baik akan diberi keutamaan.
- Pemohon BUKAN PELAJAR TAHUN AKHIR PENGAJIAN/ diberi tempoh pelanjutan pengajian.
Cara Memohon
Pelajar boleh ikuti langkah-langkah permohonan seperti berikut :
- Layari laman web https://edanapendidikan.selangor.gov.my/login.
- Klik butang ‘Daftar.’
- Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar Akaun.’
- Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
- Isi maklumat permohonan dengan lengkap dan betul.
- Hantar permohonan setelah semua maklumat lengkap diisi.
Soalan Lazim
Apakah yang dimaksudkan dengan Biasiswa Sagong Tasi?Biasiswa Sagong Tasi ialah biasiswa khas daripada Kerajaan Negeri Selangor untuk pelajar dari masyarakat Orang Asli anak Selangor yang menuntut di peringkat pengajian tinggi (IPT).
Tarikh permohonan biasiswa ini dibuka mulai 22 September sehingga 12 Oktober 2026.
Apakah takrif Orang Asli bagi mereka yang ingin memohon biasiswa ini?Orang Asli yang dimaksudkan mestilah mengikut Akta 134 – Akta Orang Asli Tahun 1954.
Berapakah jumlah biasiswa yang akan diterima menerusi biasiswa ini?Pelajar akan menerima yuran pengajian mengikut kadar sebenar yuran pengajian dan akan dibayar terus kepada pihak Universiti. Selain itu, Elaun Sara Diri berjumlah RM600.00 sebulan akan dikreditkan terus ke akaun pelajar.
Tidak. Calon mestilah tidak menerima mana-mana biasiswa lain untuk memohon penajaan ini.
Adakah pelajar tahun akhir boleh memohon biasiswa ini?Tidak. Pelajar tahun akhir tidak boleh memohon biasiswa ini.
Bagaimanakah cara untuk memohon biasiswa ini?Permohonan biasiswa ini boleh dibuat menerusi pautan https://danapendidikan.selangor.gov.my/.
Maklumat Lanjut
Untuk keterangan lanjut mengenai Biasiswa Khas Sagong Tasi 2026, sila layari pautan https://danapendidikan.selangor.gov.my/tkwbns/pembiayaan-pendidikan/sagong-tasi-ipt.
Baca juga: Permohonan Skim Bantuan Pendaftaran IPT MAINJ 2026






