29 selebriti kini berstatus muflis

LocalEntertainment
30 Jul 2026 • 11:40 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 29 selebriti kini berstatus muflis

PETALING JAYA – Jabatan Insolvensi mendedahkan terdapat 29 selebriti berada dalam senarai individu berstatus bankrap apabila gagal melunaskan hutang hingga menjadi buruan institusi kewangan sehingga Jun lalu.

Di sebalik dunia glamor dan popular, golongan itu gagal melunaskan pinjaman hingga mencecah jutaan ringgit sebelum mengambil keputusan untuk ‘menye­rah diri’ kepada jabatan tersebut kerana tidak tahan di­buru setiap hari hingga menda­tangkan tekanan.

Pengarah Insolvensi Bahagian Kebankrapan, Jabatan Insolvensi, Fajrul Shihar Abu Samah berkata, ada dalam kalangan selebriti berkenaan merupakan artis terkenal dan bertaraf legenda dan masih aktif dalam bidang masing-masing ketika ini.

Katanya, kesemua selebriti ber­kenaan memberi kerjasama yang baik selepas berada dalam pemantauan pihaknya.

“Ada mereka (artis dan sele­briti) ini datang terus berjumpa dengan pihak kita kerana tidak tahan diburu institusi kewa­ngan.

“Bila mereka ‘menyerah diri’, lebih senanglah kita untuk tadbir hutang-hutang mereka. Sebab me­mang peranan pihak Jabatan Insolvensi menjadi pelindung (orang tengah) antara penghutang dan pemberi hutang,” katanya kepada Kosmo!

Menurut Fajrul Shihar, berdasarkan rekod sebelum ini terdapat 66 artis dan selebriti yang pernah disenaraikan sebagai individu muf­lis sejak tahun 2012.

Bagaimanapun tam­bah­nya, lebih separuh da­ripada mereka berjaya keluar dari senarai tersebut selepas mendapat bim­bingan dan khidmat nasihat Jabatan Insolvensi.

“Jadi yang terkini tinggal 29 orang sahaja masih dalam se­narai tersebut, dalam kala­ngan mereka ini ada yang sudah ber­gelar artis lagenda, pelakon ter­ke­nal, pelakon veteran ter­kenal, be­kas hero remaja pun ada, yang pernah menang ba­nyak anugerah pun ada.

“Tetapi apa yang penting, me­reka ini telah tampil berjumpa de­ngan kami untuk menyelesaikan hutang mereka. Alhamdulillah setakat ini semuanya cuba membayar hutang mereka de­ngan baik tanpa culas,” katanya.

Fajrul Shihar juga tidak men­dedahkan apakah punca sebenar artis ini dibelenggu hutang men­ce­cah jutaan ringgit, tetapi kata­nya kebiasaan kes kebankrapan ada­lah berkait dengan salah urus kewangan serta hutang pinjaman sama ada peribadi mahupun pembelian aset.

Tetapi katanya, golongan ter­babit biasanya akan cuba untuk keluar daripada senarai individu muflis kerana mereka adalah orang yang dikenali ramai.

“Jika saya sebut seorang-seorang (nama artis dan selebriti itu) hampir majoriti masyarakat di luar sana kenal. Tetapi apa yang penting mereka ini berusaha untuk membayar hutang,” katanya.

Ujar Fajrul Shihar, beliau ka­gum dengan komitmen yang dit­un­jukkan kerana ada yang sanggup membayar lebih bila ada duit lebih atau ba­nyak ‘job’.

“Komitmen seperti inilah yang memudahkan pihak kami untuk mentadbir hutang-hutang mereka. Bila disenaraikan muflis, bank tidak cari mereka lagi sebaliknya berurusan dengan kami yang mentadbir hutang-hutang mereka,” jelasnya.

Dalam pada itu beliau memberitahu, sejak tahun 2022 sehingga akhir Jun lalu, seramai 26,782 individu telah diisytiharkan bankrap di seluruh negara.

Katanya, Selangor mencatatkan jumlah individu bankrap paling ramai iaitu 6,212 kes, diikuti Wilayah Persekutuan (3,618), Johor Bahru (2,301), Pulau Pinang (1, 527) dan Kedah (1,663). Perlis paling sedikit iaitu 193 kes.

Antara punca utama yang di­­kenal pasti sebagai penyumbang kepada kes kebankrapan adalah pinjaman peribadi sebanyak 11,999 kes atau mewakili 44.80 peratus keseluruhan kes.

Ia diikuti pinjaman perniagaan (5,166), perumahan (2, 515), sewa beli kenderaan (2,111), penjamin korporat (1,609), hutang kad kre­dit (638), hutang cukai pendapatan (570), caruman KWSP (474), bia­siswa atau pinjaman pelajaran (50), penjamin sosial (22l) dan keberhutangan lain (1,628).

The post 29 selebriti kini berstatus muflis appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved