3,000 batang rokok putih ditemukan dalam kereta, penyeludup lari masuk semak

16 Jun 2026 • 9:37 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

3,000 batang rokok putih ditemukan dalam kereta, penyeludup lari masuk semak

SHAH ALAM, 16 JUN: Cubaan seorang penyeludup meloloskan diri tidak berjaya apabila dia terpaksa meninggalkan kereta dipandunya selepas dikesan pihak berkuasa dalam operasi di Pengkalan Kubor, Tumpat semalam.

Kenderaan terbabit ditemukan bersama 3,000 batang rokok putih seludup yang dianggarkan bernilai RM5,610.

Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA), Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, pasukan Batalion 8 PGA (PGA8) mengesan sebuah kenderaan dalam keadaan mencurigakan di Kampung Pulau Ular pada jam 2.30 petang.

Menurutnya, pemandu terbabit bertindak memecut laju sebaik menyedari kehadiran anggota PGA yang sedang menjalankan rondaan.

“Sebaik menyedari pasukan kami, pemandunya memecut laju ke arah kawasan semak di Kampung Kok Pauh sebelum lari meninggalkan kereta.

“Anggota cuba mengejar dan menjejakinya tetapi tidak berjaya. Pemeriksaan lanjut dalam but kereta menemui sejumlah kotak rokok putih seludup,” katanya dalam kenyataan hari ini, lapor Harian Metro.

Ahmad Radzi berkata, pihaknya percaya bekalan rokok itu dibawa masuk dari negara jiran sebelum diedarkan ke pasaran tempatan.

Katanya, rampasan berkenaan diserahkan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 berkaitan kesalahan membawa atau memiliki barang larangan tanpa kebenaran sah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved