
SERAMAI 3,792 ahli daripada 75 cawangan pelbagai parti politik di Dewan Undangan Negeri Lamag di Kinabatangan mengumumkan keluar parti dan menyertai Gagasan Rakyat Sabah (GRS) diketuai Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Pemimpin Pembangunan Masyarakat Lamag Johainizamshah Johari berkata keputusan mereka menyertai GRS dibuat secara sukarela dan tanpa paksaan mana-mana pihak.
“Semua ahli menyatakan keyakinan terhadap kepimpinan semasa di bawah Ketua Menteri kerana pencapaian itu,” katanya dalam kenyataan selepas pengisytiharan bersama mereka untuk menyertai GRS di Dewan Sri Lamag, Kota Kinabatangan.
“Keputusan ini dibuat dengan harapan kestabilan politik dapat diwujudkan dan agenda mengembalikan hak rakyat Sabah dapat ditunaikan,” kata Johainizamshah.
“Kami percaya dengan kebijaksanaan Hajiji membangunkan Sabah di bawah rancangan pembangunan Sabah Maju Jaya dan kepimpinan beliau sebagai Ketua Menteri berdasarkan banyak pencapaian beliau sepanjang dua tahun mentadbir Sabah,” tambahnya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

