Kerajaan komited bawa kemakmuran untuk semua

30 Mar 2023 • 12:59 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

PUTATAN: Kerajaan Negeri pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) komited untuk membawa kemakmuran untuk semua rakyat di Sabah, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

“Kerajaan yang saya pimpin hari ini bekerja keras untuk membawa kemajuan dan pembangunan kepada Negeri dan rakyat,” katanya.

Berucap pada majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan kepada ibu tunggal dan golongan memerlukan di Masjid Jamek di sini, Rabu, Hajiji mengulangi kepentingan untuk semua, khususnya umat Islam, mengambil peluang mengeratkan hubungan sepanjang bulan Ramadan.

Beliau mengingatkan bahawa perpecahan dan perselisihan dalam kalangan rakyat hanya akan menghalang kemajuan dan membantutkan pembangunan yang telah dirancang oleh Kerajaan.

Kemudiannya, Hajiji menyampaikan sumbangan Ramadan sambil diiringi Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Kerja Raya Datuk Ir Shahelmey Yahya; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif dan Adun Petagas Datuk Awang Ahmad Sah Sahari.

Turut hadir, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Sabah (Muis) Datuk Seri Yahya Hussin dan Menteri Pembangunan Perindustrian dan Usahawan Phoong Jin Zhe.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.