3 beradik maut: PPD Pontian beri sokongan psikososial kepada keluarga

LocalFamily & Parenting
12 Oct 2026 • 4:22 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 3 beradik maut: PPD Pontian beri sokongan psikososial kepada keluarga

PONTIAN – Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pontian memberikan sokongan profesional dan psikososial kepada keluarga Julaiha Munaji yang kehilangan tiga anak dalam kemalangan maut di Kampung Parit Haji Siraj, Kayu Ara Pasong, pada 8 Oktober lalu.

Pegawai Pendidikan Daerah Pontian, Mohidin Suyot berkata, inisiatif itu bertujuan membantu keluarga berkenaan menghadapi kehilangan insan tersayang menerusi sokongan emosi dan bimbingan yang bersesuaian.

Menurutnya, dalam pertemuan bersama keluarga itu, pihaknya turut berkongsi panduan mengenai pengurusan wang bantuan serta sumbangan yang diterima daripada orang ramai dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) secara berhemah.

“Usaha ini bagi memastikan kehidupan keluarga dapat diteruskan dengan baik selepas kehilangan tiga insan tersayang, selain memberikan sokongan kepada ahli keluarga yang masih ada. Kami turut menekankan kepentingan keprihatinan guru terhadap anak-anak murid di bawah jagaan mereka,” katanya menerusi catatan Facebook rasmi PPD Pontian hari ini.

Pertemuan itu turut dihadiri Julaiha, ibu kepada tiga beradik yang maut dalam kemalangan berkenaan, iaitu Allahyarham Nor Daniel Aiman Norlizan, Allahyarham Nor Danial Fikri Norlizan dan Allahyarhamah Puteri Naufa Raisha Norlizan.

Dalam kejadian itu, Puteri Naufa Raisha, 8, murid Tahun Dua, dan Nor Danial Fikri, 11, murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Sapran, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Abang mereka, Nor Daniel Aiman, 18, yang menunggang motosikal membawa kedua-dua adiknya, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pontian. – KOSMO! ONLINE

The post 3 beradik maut: PPD Pontian beri sokongan psikososial kepada keluarga appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved