3 Individu Bertopeng Samun Sebuah Hub Syarikat Kurier Di Klang

15 Mar 2025 • 2:20 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tiga orang individu bertopeng telah menyamun sebuah hub pengumpulan dan operasi syarikat kurier di Meru, Klang pada waktu tengah hari semalam.

Memetik laporan Majoriti, tiga individu berkenaan yang turut bersenjatakan parang ketika kejadian telah melarikan wang berjumlah RM46,000 dari hub kurier tersebut.

Menurut Asisten Komisioner S.Vijaya Rao iaitu Ketua Polis Daerah Klang Utara, kejadian berkenaan berlaku ketika pekerja-pekerja hub berkenaan sedang mengira wang tunai di premis berkenaan.

Difahamkan, ketiga-tiga suspek telah ke premis tersebut dengan menaiki sebuah kereta Perodua Bezza yang berwarna biru.

image is not available

Susulan kejadian, laporan polis kemudiannya telah dibuat oleh seorang pekerja di premis itu tentang kejadian samun tersebut.

Nasib baik tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan. Rakaman litar tertutup (CCTV) ketika kejadian telah tular di media sosial.

Kini, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang giat memburu kesemua suspek.

Sumber: Majoriti

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.