3 Individu Pakai Maskot Katak Untuk Raih Simpati Orang Awam Ditahan Kerana Mengemis

1 Mar 2026 • 2:42 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

image is not available

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Johor Bahru baru-baru ini menahan tiga individu yang memakai maskot watak kartun bagi meraih simpati orang ramai di tempat awam.

Difahamkan, mereka menggunakan maskot karakter katak untuk menarik perhatian dan mendapatkan wang dengan cara mengemis, lapor Sinar Harian.

Operasi tersebut dijalankan susulan banyak aduan diterima berhubung peningkatan aktiviti mengemis menggunakan maskot di sekitar daerah berkenaan.

Artikel Berkaitan:  Larian Paling Meriah, Pakai Pelbagai Maskot Buat Netizen Terhibur

Difahamkan, kegiatan meminta sedekah dengan memakai maskot oleh ketiga-tiga individu itu mengundang risiko keselamatan kerana dilakukan di kawasan persimpangan lampu isyarat dan di tengah pembahagi jalan.

Mereka kemudian dibawa ke pejabat kebajikan daerah untuk diambil keterangan serta disiasat latar belakang oleh pihak JKM.

Bagaimanapun, ketiga-tiga lelaki tersebut dilepaskan selepas diberikan amaran secara lisan dan bertulis.

Mereka juga diminta menandatangani surat aku janji di hadapan pegawai penguat kuasa JKM sebagai komitmen untuk tidak mengulangi perbuatan berkenaan.

Sekiranya kesalahan sama berulang, tindakan boleh diambil mengikut Akta Orang Papa 1977.

Sumber: Sinar Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.