3 Kedai Sarapan American Breakfast Untuk Membuka Hari Anda Di Kuching

6 Nov 2023 • 1:19 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kepada Anda Yang Mengidam American Breakfast Di Awal Pagi

3 Kedai Sarapan American Breakfast Untuk Membuka Hari Anda Di Kuching. Kadang kala, pasti anda menginginkan sesuatu yang berlainan daripada hidangan sarapan yang biasa anda santap. Selain daripada hidangan ‘Malaysiana’ seperti teh tarik, roti canai, mi kolok, roti kahwin dan sebagainya, hidangan American Breakfast boleh dijadikan salah satu pilihan sarapan yang pasti menceriakan hari anda. Kebiasaannya, hidangan ini hanya didapati di hotel-hotel semasa waktu sarapan pagi. Takkan lah nak stay hotel semata-mata nak dapatkan sarapan western kan?

Untuk artikel kali ini, kami kongsikan 3 lokasi kedai sarapan western yang cun untuk anda. Jom kita start!

1. Hi Bread Kopitiam

Hi Bread Kopitiam ini merupakan sebuah kedai makan yang menyediakan hidangan American Breakfast yang paling legend di Kuching. Sebut sahaja nama kedai ini, semua orang pasti mengenali menu signature nya iaitu sandwich dan hidangan scramble egg serta kacang panggang yang menyegarkan. Bukan itu sahaja, harga yang ditawarkan di sini juga sangat berbaloi dengan portion hidangan yang disediakan. Setakat ini, terdapat 4 cawangan Hi Bread di seluruh Kuching iaitu di Jalan Petanak, Pending, Satok dan terbaru, Galacity.

image is not available

image is not available

image is not available
3 Kedai Sarapan American Breakfast Untuk Membuka Hari Anda Di Kuching

image is not available

image is not available

image is not available

Lokasi :

2. The Breakfast Factory

Bagi mereka yang tinggal di kawasan Tabuan pula, The Breakfast Factory juga popular dengan hidangan American Breakfast yang enak. Rata-rata pelanggan yang pernah berkunjung di sini memberikan review yang baik serta rating yang tinggi berdasarkan kualiti hidangan dan harga yang ditawarkan. Terletak di Song Corner, Jalan Song, Tabuan Heights, ia menawarkan harga sekitar RM 6 hingga RM 10 bergantung dengan saiz hidangan yang dipilih. Jika anda tidak mahu bersesak-sesak, pergilah seawal jam 7 pagi. Barulah terasa hari tersebut dibuka dengan sungguh produktif. Apa lagi kalau pagi-pagi dah makan makanan Amerika. Perggh!

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

3. Toast Bread

Anda peminat English breakfast tetapi pasangan atau rakan anda memilih untuk menikmati hidangan lokal untuk sarapan pagi? Usah risau, Toast Bread Cafe ini mampu menyelesaikan masalah anda kerana kafe ini menghidangkan menu sarapan pagi dari American breakfast ke hidangan lokal.

image is not available

Selain itu, kedai ini juga menawarkan pelbagai jenis pastri untuk digandingkan bersama kopi buatan barista mereka yang dibrew segar setiap hari. Memang ngam kombinasi kedua-dua menu ini!

Fuhh, nikmat betul sarapan pagi di sini.

image is not available

Nampak cun je kan kalau dapat makan American Breakfast hari ini? Untuk maklumat lanjut, layari laman Facebook seperti yang tertera di atas atau singgah terus ke kedai pun, boleh saja!

Lokasi: Bormill Commercial Centre, 93200 Kuching (Bersebelahan Aeon Mall)

Baca lagi artikel menarik:

https://www.iloveborneo.my/dari-english-breakfast-ke-hidangan-lokal-nikmati-sarapan-pagi-di-toast-bread-cafe-kuching/

https://www.iloveborneo.my/buka-seawal-subuh-hi-bread-kopitiam-ini-merupakan-port-sarapan-legend-di-kuching/