Ini 6 Senarai Kedai Sup Padu Di Kuching

23 Oct 2023 • 12:20 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Lagi enak jika dihirup sewaktu musim hujan

Ini 6 Senarai Kedai Sup Padu Di Kuching. Siapa penggemar sup di sini? Pasti anda sedang mencari hidangan ini untuk santapan tengah hari atau anda sangat ‘craving’ kan hidangan bersup.

Apatah lagi kalau dimakan pada musim hujan, berselera sungguh di buatnya. Bukan sahaja terasa nikmat kelazatan, tetapi juga boleh menghangatkan badan anda di kala cuaca sejuk. Nak tahu kedai sup yang sedap di sekitar Kuching? Teruskan pembacaan anda.

1. Sup Tulang Hitam di Pondok Soleen

Kebiasaannya, sup tulang berwarna jernih. Namun, kedai ini menyajikan sup tulang yang lain daripada yang lain apabila menjadikan menu sup tulang hitam sebagai menu signature mereka. Dibuka pada jam 10 pagi sehingga 9 malam di Taman Soleen, Petra Jaya, sup tulang ini sering menjadi ‘recommended’ penduduk sekitar untuk menikmati juadah sup yang berbaloi.

image is not available
Ini 6 Senarai Kedai Sup Padu Di Kuching

image is not available
Ini 6 Senarai Kedai Sup Padu Di Kuching

Alamat dan waktu operasi

Lokasi : No 30, Taman Soleen, Jalan Merdeka, 93050 Petra Jaya, Kuching, Sarawak
⏰ Waktu Operasi: Buka setiap hari kecuali Khamis (10 pagi hingga 9 malam)
Facebook : Sup Tulang Hitam

2. Kawah Medan Satok

Jika anda jalan-jalan di sekitar Satok, jangan lupa untuk singgah ke Kawah Medan Satok di Gita. Di sini, mereka menyajikan hidangan sup kambing, daging dan tulang yang padu.

Menu yang paling mendapat sambutan ialah Sup Tulang yang sememangnya hidangan yang dicari-cari tak kira masa. Anda patut mencuba sup di sini, kerana daging yang dimasak di sini sangat lembut dan empuk. Apatah lagi ia dihidang ketika masih panas menggelegak. Pergh!

Rata-rata pelanggan yang datang ke sini merupakan pelanggan setia gerai sup ini.

Alamat dan waktu operasi

Lokasi : Q309, Gita, 93050 Kuching, Sarawak (Belakang Upwell Kubah Ria)
⏰ Waktu Operasi: Buka setiap hari kecuali Isnin (5.30 petang hingga 11.30 malam)
Facebook : KAŴAH, Medan Satok

3. Borneo Asian Food by SugarBun

Walaupun kedai ini sudah mempunyai peminat nya sendiri, namun menu sup nya patut diberi pujian kerana rasanya yang on-point dan saiz hidangan yang berbaloi. Restoran Borneo Asian Food by SugarBun ini turut menyajikan hidangan sup yang sesuai dimakan hangat.

image is not available

Jika anda singgah ke sini, sup yang wajib anda cuba ialah set sup cendawan dan sup ikan kerapu Sabah (Sabah giant garoupa soup). Dari segi rasa, sup cendawan dan ikan kerapu ini mempunyai tekstur yang likat dan lain daripada yang lain. Didatangkan bersama nasi, jeruk signature dan sambal kicap pedas, hidangan sup ini pasti menaikkan kembali semangat anda.

Sup cendawan boleh didapati di mana-mana cawangan SugarBun manakala sup ikan kerapu hanya terdapat di cawangan Borneo Asian Food by SugarBun (seberang Wisma Hopoh/RTM Kuching).

image is not available
Sabah giant garoupa soup. Kredit : Eat Drink KL

Alamat dan waktu operasi

Lokasi : 180, Wisma Sugarbun, Jalan Satok, 93400 Kuching, Sarawak
⏰ Waktu Operasi: Buka setiap hari (10 pagi hingga 8 malam)

4. Ani Sup Utara

Nak yang dekat Pusat Bandar? Mungkin anda patut singgah ke kedai ini. Ani Sup Utara ini merupakan cawangan kedai sup yang terkenal di Kuala Lumpur. Ia juga menghidangkan pelbagai hidangan sup yang superb seperti sup gearbox dan dibuka pada waktu makan tengah hari sehingga malam.

image is not available
Ini 6 Senarai Kedai Sup Padu Di Kuching

Kedainya pula boleh dilihat dari jalan utama Jalan Kulas, Satok (bersebelahan Co-Op Bank).

image is not available
Ini 6 Senarai Kedai Sup Padu Di Kuching

Alamat dan waktu operasi

Lokasi : 38, Jalan Kulas, 93400 Kuching, Sarawak
⏰ Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (11 pagi hingga 8 malam) | Sabtu (9 pagi hingga 8 malam) | Ahad (11 pagi hingga 2 petang)
Facebook : Ani Sup Utara Kuching

5. HaNy Sup

Dibuka pada setiap hari bermula jam 11 pagi hingga 8 malam, kedai sup yang serba sederhana ini menyajikan pelbagai hidangan sup seperti sup tulang daging, bakso daging, mi wantan, serta aneka jenis mi goreng. Bagi anda yang ingin membawa seisi keluarga untuk makan hidangan bersup, kedai ini cukup selesa.

image is not available
Ini 6 Senarai Kedai Sup Padu Di Kuching

Alamat dan waktu operasi

Lokasi : 40, Lorong Menggris 2A, Taman Sri Wangi, 93050 Kuching, Sarawak
⏰ Waktu Operasi: Buka setiap hari (11 pagi hingga 8 malam)
Facebook : HaNy Sup

6. Sup Gearbox Semangkok Dua @ Warong 2000 TT3

Untuk anda yang selalu meluangkan masa bersama rakan-rakan di Tabuan, jangan lupa untuk singgah stall Sup Gearbox Semangkuk Dua. Bertempat di Warong 2000 TT3, gerai kecil ini menyajikan hidangan sup daging dan tulang yang padu. 

Anda juga patut mencuba Sup Super Special yang semestinya menghidangkan bahagian gearbox. Paling penting, daging yang dimasak di sini sangat lembut dan empuk. Apatah lagi ia dihidang ketika masih panas menggelegak dalam claypotPergh!

image is not available
Kredit: Ameena Keria

Alamat dan waktu operasi

Lokasi : Warong 2000 Tabuan, Jalan Canna, 93350 Kuching
⏰ Waktu Operasi: Buka setiap hari kecuali Isnin (10 pagi hingga 10 malam)

Ketahui juga beberapa tempat makan menarik di Kuching ini, baca pautan di bawah:

https://www.iloveborneo.my/port-nasi-briyani-paling-legend-di-kuching-nikmati-keenakan-sajian-istimewa-ini-di-buhari-cafe-satok/

https://www.iloveborneo.my/pengalaman-omakase-wagyu-a5-wagyu-dojo-bakal-buka-cawangan-pertama-di-kuching/