3 Mangsa Terjatuh Ke Dalam Sungai Kelantan Lepas Jeti Tambatan Diraja di KB Runtuh

Entertainment
10 Aug 2025 • 10:43 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tiga orang wanita dilaporkan terjatuh ke dalam Sungai Kelantan apabila Jeti Tambatan Diraja di Kota Bharu tiba-tiba runtuh ketika mereka dipercayai sedang meniti di atas laluan yang menghubungkan kawasan jeti dan darat.

Menurut Sinar Harian, insiden tersebut berlaku pada sekitar 4.53 petang pada Sabtu semalam ketika ketiga-tiga wanita tersebut mahu menikmati perkhidmatan menaiki bot percuma Angkatan Pertahanan Awam (APM) menyusuri sungai negeri itu.

Difahamkan, perkhidmatan bot percuma oleh APM itu diadakan bersempena Program Madani Rakyat 2025 Kelantan selama dua hari pada Jumaat dan Sabtu.

image is not available

Walau bagaimanapun, ketiga-tiga mangsa berjaya diselamatkan dengan pantas dan keadaan berjaya dikawal dengan baik.

Dua wanita tersebut mengalami kecederaan ringan dan telah dihantar ke hospital berdekatan untuk dirawat.

image is not available

Kawasan yang runtuh iaitu laluan yang menghubungkan jeti dan darat itu dipercayai telah uzur sehingga ia tiba-tiba runtuh semalam.

Sumber: Sinar Harian

Sumber:

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.