3 maut, 6 cedera dalam nahas dua kereta di lebuh raya

25 May 2024 • 10:55 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Tiga orang maut manakala enam yang lain cedera dalam kemalangan melibatkan dua buah kereta di Kilometer 262.5 (KM262.5), Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) dekat Taiping malam tadi.

Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Perak, Ahmad Nizam Abdul Manaf berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 11.11 malam tadi dan nahas itu berlaku di lebuh raya menuju ke Changkat Jering dari Sabak Bernam.

“Tiga orang meninggal dunia di tempat kejadian manakala mereka yang cedera dihantar ke hospital.

“Terdapat lima orang iaitu dua dewasa dan tiga kanak-kanak di dalam salah sebuah kenderaan yang terbabit dalam nahas tersebut,’’ katanya kepada media.

Tambahnya, dua penumpang dewasa itu meninggal dunia manakala anak-anak mereka mengalami kecederaan.

“Sementara dalam sebuah kereta lagi, terdapat empat penumpang iaitu dua dewasa dan dua kanak-kanak.

“Penumpang wanita dalam kereta itu maut manakala seorang lagi wanita dan dua kanak-kanak cedera,’’ katanya. - 25 Mei, 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved