3 maut kemalangan di susur keluar Balakong, Lebuhraya Besraya awal pagi tadi: Bomba

LocalCars
2 May 2025 • 10:00 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Tiga lelaki maut selepas kereta yang dinaiki terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban arah utara, berhampiran susur keluar Balakong, awal pagi tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 5.57 pagi.

10 anggota bersama dua jentera yang tiba di lokasi pada jam 6.07 pagi mendapati sebuah kereta jenis Toyota Vios terbabas dan melanggar pembahagi jalan.

Menurut bomba, tiga mangsa lelaki dewasa didapati tersepit dalam kenderaan berkenaan, lapor Berita Harian.

Anggota bomba mengambil masa kira-kira satu jam untuk mengeluarkan kesemua mangsa yang tersepit.

Semua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Operasi ditamatkan pada jam 7.29 pagi dan kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. - 2 Mei, 2025

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved