

Tiga maut selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban arah utara, berhampiran susur keluar Balakong, awal pagi tadi.
Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Shahrum Din berkata, kesemua mangsa yang parah serta tersepit dalam kenderaan dikeluarkan sebelum disahkan meninggal dunia.
“Pasukan bomba tiba di lokasi 10 minit kemudian mendapati kemalangan membabitkan sebuah Toyota Vios yang terbabas melanggar pembahagi jalan di susur keluar lebuh raya berkenaan.

Terdapat tiga lelaki tersepit dan anggota bomba mengambil masa kira-kira satu jam untuk mengeluarkan kesemua mangsa,” katanya dalam satu kenyataan.

