Tiga maut kereta terbabas, langgar pembahagi jalan

2 May 2025 • 9:31 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 2 MEI: Tiga lelaki maut dalam kemalangan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban arah utara berhampiran susur Balakong, dekat sini, pagi ini.

Kesemua mangsa yang parah serta tersepit dalam kenderaan dikeluarkan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sebelum disahkan meninggal dunia, lapor portal Harian Metro.

Komander Operasi JBPM Kuala Lumpur, Shahrum Din berkata, pusat gerakan operasi menerima panggilan mengenai kejadian pada 5.57 pagi.

Menurutnya, dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besi dengan dibantu BBP Bukit Jalil, membabitkan kekuatan 10 anggota, dikejarkan ke lokasi.

“Pasukan bomba tiba di lokasi 10 minit kemudian mendapati kemalangan membabitkan sebuah Toyota Vios yang terbabas melanggar pembahagi jalan di susur keluar lebuh raya berkenaan.

“Terdapat tiga lelaki tersepit dan anggota bomba mengambil masa kira-kira satu jam untuk mengeluarkan kesemua mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Shahrum berkata, kesemua mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia yang berada di lokasi.

Beliau berkata, operasi ditamatkan pada 7.29 pagi dan kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved