3 pegawai TUDM tiba di mahkamah

27 Nov 2026 • 9:16 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: 3 pegawai TUDM tiba di mahkamah

SHAH ALAM: Tiga pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan tiga orang awam tiba di Mahkamah Majistret di sini, pagi ini, bagi berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya.

Mereka tiba jam 8.08 pagi dengan kenderaan polis sebelum dibawa masuk ke lokap melalui pintu belakang kompleks mahkamah.

Kesemua mereka dikawal ketat beberapa anggota polis berkelengkapan taktikal.

Berdasarkan semakan sistem kehakiman, mereka akan didakwa di hadapan Majistret Wan Noora Nisa Ngadirin pada pukul 9 pagi.

Pada 17 November lalu, 11 individu terdiri daripada lima pegawai dan anggota TUDM serta enam orang awam ditahan dalam operasi di Lembah Klang dan Labuan kerana disyaki terbabit aktiviti penyeludupan dadah menggunakan aset TUDM.

Polis turut merampas 96.64 kilogram (kg) dadah disyaki syabu bernilai RM4.83 juta serta 6.98kg bahan kimia dalam operasi terbabit.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata, antara lima anggota TUDM yang ditahan termasuk juruterbang berpangkat Leftenan dan Kapten.

Katanya, sindiket penyeludupan bahan terlarang itu ditumpaskan hasil perkongsian risikan antara JSJN Bukit Aman dan Provos Marsyal TUDM.

Beliau berkata, daripada 11 individu yang ditahan itu, enam akan didakwa hari ini, manakala tujuh individu lagi akan dikenakan tindakan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas).

The post 3 pegawai TUDM tiba di mahkamah appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved