3 polis maut: Allahyarham Nur Hafiz mengadu penat, tetapi masih senyum

8 Aug 2026 • 11:31 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 3 polis maut: Allahyarham Nur Hafiz mengadu penat, tetapi masih senyum

KOTA BHARU – Salah seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal yang maut terkena renjatan elektrik ketika mengait buah kelapa di Kampung Weston dekat Beaufort, Sabah kelmarin mengadu penat bekerja sebelum meninggal dunia dalam kejadian tersebut.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.56 petang itu, Allahyarham Nur Hafiz Rahim, 29, maut bersama dua rakan sekerjanya, Koperal Chiu Teck Siong, 40, dan Lans Koperal Muhammad Raimi Ismarubee, 26.

Kakak kepada arwah Nur Hafiz, Nurlella, 34, berkata, perkara itu diluahkan oleh Allahyarham yang merupakan anak bongsu daripada lima beradik ketika berbual melalui panggilan video bersama ibunya, Maimunah Mat Hassan, 57 pada pagi sebelum kejadian.

Katanya, arwah adiknya kerap menghubungi ibu melalui panggilan video untuk bertanya khabar antara satu sama lain.

“Pagi sebelum kejadian, arwah mengadu penat bekerja dan hanya tersenyum ketika ibu bercakap. Dia ada memaklumkan akan menelefonnya semula selepas itu kerana perlu masuk bekerja.

“Ibu bagaimanapun tidak menerima panggilan sebelum dikejutkan dengan berita arwah meninggal dunia ketika mengait buah kelapa,” ketika ditemui pemberita di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pangkal Kuang, Ketereh di sini, hari ini.

Nurlella yang bekerja di Ipoh, Perak memberitahu, arwah yang bertugas selama lima tahun sebagai anggota polis di Sabah bertemu ahli keluarga yang lain buat kali terakhir pada Mei lalu ketika pulang bercuti di Kelantan. – KOSMO! ONLINE

The post 3 polis maut: Allahyarham Nur Hafiz mengadu penat, tetapi masih senyum appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved