3 Remaja Terkena Renjatan Elektrik Ketika Perarakan: Apa Yang Kita Ketahui Setakat Ini [Video]

14 Oct 2026 • 4:03 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

3 Remaja Terkena Renjatan Elektrik Ketika Perarakan: Apa Yang Kita Ketahui Setakat Ini [Video]

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Semalam (13 Oktober), media melaporkan tiga remaja lelaki cedera akibat terkena renjatan elektrik selepas bendera yang dibawa semasa satu program perarakan tokong sayur di Kedah.

Menerusi video rakaman dashcam tular sebelum ini, kelihatan peserta perarakan tokong sayur sedang berkumpul beramai-ramai dan berarak di tepi jalan raya. Dalam video sama, kelihatan juga segelintir daripada mereka membawa bendera besar sepanjang berarak.

Namun secara tiba-tiba ketika video berdurasi 8 saat, kelihatan terdapat nyalaan percikan dipercayai selepas bendera itu menyentuh alian pencawang elektrik.

View on Threads

Bagaimana Ia Berlaku & Di Mana Lokasi Kejadian?

Insiden berlaku ketika perarakan tokong sayur di Mergong, Alor Setar. Mangsa dipercayai terkena talian pencawang elektrik bervoltan tinggi.

Menurut Setiausaha Persatuan Tokong Sayur Mergong Chah Boon Chuan, kejadian yang berlaku kira-kira jam 9 malam itu mengakibatkan dua mangsa berusia 17 tahun dan seorang lagi yang berusia 16 tahun dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

Difahamkan kejadian berlaku ketika ribuan peserta perarakan sedang berarak di jalan utama di kawasan tersebut sebelum satu bendera dipercayai terkena talian elektrik.

Memetik Sinar Harian, bendera itu ditiup angin kencang ketika hujan rintik sebelum disyaki terkena pada talian elektrik.

Seorang Mangsa Melecur 80%, Masih Belum Sedarkan Diri

Lapor Kosmo, seorang daripada tiga remaja lelaki berusia 16 tahun yang terkena renjatan elektrik dilaporkan masih tidak sedarkan diri selepas melecur 80% pada badannya.

2 Mangsa Lain Masing-masing Melecur 20% & 40%, Kedua-duanya Sudah Sedarkan Diri

Manakala dua lagi mangsa masing-masing berusia 17 tahun mengalami kecederaan melecur 20% pada tangan serta 40% pada muka dan tangan.

Mengulas lanjut, mangsa yang merupakan pelajar sekolah dan seorang lagi pekerja premis alat ganti dan aksesori motosikal itu dilaporkan telah sedarkan diri, namun masih dalam pemantauan pihak hospital.

Apa Kenyataan Polis Berhubung Kes Ini?

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali berkata, kejadian berlaku ketika mangsa sedang membawa tiang bendera semasa perarakan tokong sayur.

“Tiang bendera itu dipercayai tersentuh talian utama bekalan elektrik pada ketinggian dianggarkan 10 meter sebelum menyebabkan ketiga-tiga mereka terkena renjatan elektrik.

“Susulan itu, anggota Balai Polis Alor Setar digerakkan ke lokasi untuk menjalankan pemeriksaan dan mengambil tindakan lanjut,” jelasnya.

TNB Zahir Simpati Terhadap Keadaan Mangsa, Akan Beri Kerjasama Untuk Bantu Siasatan

Sementara itu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) turut menzahirkan rasa simpati terhadap insiden membabitkan tiga orang awam terbabit serta mendoakan supaya semua mangsa yang sedang menerima rawatan diberikan kesembuhan segera.

TNB dalam satu kenyataan hari ini (14 Oktober) mengesahkan insiden selain memaklumkan bahawa pihaknya akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa bagi membantu siasatan kes.

TNB berkata, bendera yang dibawa semasa perarakan telah terkena pada elektrik voltan tinggi sehingga mencetuskan percikan arka elektrik.

Semua Mangsa Dirawat Di Zon Merah Sebelum Ini

Sebelum ini, ketiga-tiga mangsa dilaporkan sedang dirawat di zon merah HSB.

TNB dalam masa sama menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mengutamakan keselamatan dan memastikan objek tinggi termasuk tiang bendera berada pada jarak selamat daripada talian elektrik.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved