Dua mangsa renjatan elektrik di perarakan Mergong telah sedar

14 Oct 2026 • 4:30 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Dua mangsa renjatan elektrik di perarakan Mergong telah sedar

Dua daripada tiga remaja terkena renjatan elektrik semasa perarakan tokong sayur di Mergong telah sedar. Seorang lagi, 16, melecur 80% dan belum sedar.

ALOR SETAR: Dua daripada tiga remaja yang terkena renjatan elektrik ketika menyertai perarakan tokong sayur di Mergong, di sini malam tadi telah sedar.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Syed Basri Syed Ali berkata seorang lagi mangsa yang berusia 16 tahun belum sedarkan diri dan mengalami kecederaan melecur kira-kira 80 peratus pada seluruh badan.

“Dua mangsa berusia 17 tahun yang mengalami kecederaan melecur 20 peratus pada tangan serta 40 peratus pada muka dan tangan telah sedar, namun masih dalam pemantauan pihak hospital,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Syed Basri berkata kesemua mereka dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah di sini.

Dua daripada mangsa ialah pelajar manakala seorang lagi pekerja kedai aksesori motosikal.

Beliau berkata polis menerima panggilan telefon pada 9.20 malam memaklumkan tiga individu cedera akibat terkena renjatan elektrik ketika membawa bendera semasa perarakan berlangsung.

Syed Basri berkata seorang daripada mangsa memaklumkan tiang bendera yang dibawa tersentuh talian utama bekalan elektrik itu pada ketinggian dianggarkan 10 meter menyebabkan dia dan dua lagi mangsa terkena renjatan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved