3 Suara Kembali? Shila Amzah Kongsi Harapan Lagu Baru Bersama Jaclyn Victor dan Ning Baizura

29 Dec 2024 • 10:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pernah mencipta fenomena menerusi album 3 Suara, penyanyi Shila Amzah tidak menolak untuk merakamkan sebuah lagu bersama rakan seperjuangannya iaitu Jaclyn Victor dan Ning Baizura. 

Menurut Shila, mereka bertiga pernah berbincang untuk mengeluarkan lagu bersama namun kepadatan jadual adalah masalah terbesar buat mereka bertiga.

“Kami pernah bercakap mengenainya untuk ada single bersama cuma untuk terbitkan album itu saya rasa tidak.

“Kerana dahulu kami sampai berkampung di studio untuk hasilkan 3 suara, jadi untuk masa sekarang saya rasa jadual adalah masalah terbesar kami,” katanya.

Bagaimanapun, pelantun lagu Patah Seribu itu berkata jika diberikan kesempatan mereka bertiga mungkin akan meneruskan perbincangan untuk menghasilkan lagu bersama selepas Ning Baizura selesai menjalani pertandingan di Gegar Vaganza.

“Tapi sejujurnya kami pernah berbincang mengenainya, sebab lepas habis konsert Jaclyn, Ning sudah sibuk untuk Gegar Vaganza jadi saya rasa kalau ada rezeki mungkin selepas itu kami akan teruskan,” ujarnya.

Shila Amzah ditemui Gempak semasa pelancaran Konsert Countdown Meletop 2025 baru-baru ini. 
Sekadar info, 3 Suara ialah album kolaborasi oleh tiga orang penyanyi iaitu Jaclyn Victor, Ning Baizura dan Shila Amzah.

Album ini dikeluarkan oleh Sony Music pada 6 Januari 2011.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved