Gegar Vaganza 11: Separuh Perjalanan! Siapa Kekal & Siapa Pula Akan Pulang, Semak Lagu Minggu Keenam Dengan Tema Horror.

29 Dec 2024 • 3:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Minggu kelima menyaksikan perjalanan Bintang Gegar Vaganza 11 (GV11),  Yazid Lovehunters berakhir selepas mendapat markah terendah daripada juri tetap.

Sheila Abdull pula berjaya menduduki tempat pertama menerusi persembahannya bersama penyanyi jemputan, Jaclyn Victor dengan lagu Ku Bersuara.

Masuk ke minggu keenam bererti perjalanan bintang-bintang yang masih kekal sudah separuh dalam program hiburan tersebut.
 

Untuk minggu keenam peserta yang masih kekal dicabar dengan tema ‘Horror Horrorr’, dimana mereka harus menyanyikan lagu yang dianggap ‘berhantu’ pada tahun berkenaan.

Berikut merupakan senarai lagu yang akan dipersembahkan oleh 11 peserta GV11 pada minggu keenam:

Setia Ku Korbankan - Sheila Abdull
Jauh Di Sudut Hati - Liza Aziz
Joget Kenangan Manis - Ning Baizura
Alasanmu - Dadali Dyrga
Roman Picisan - The Lima
Di Sudut Kamar Hatiku - Ronnie Hussien
Mendua - Fairuz Selamat
Gundah - Zehra Zamri
Bunga - Illa Sabry
Getaran Jiwa - Reshmonu
Kesal - Arorra Salwa