3 Tan Syabu Bernilai RM156 Juta Diseludup Guna Pangkalan TUDM Di Sabah - Saifuddin 

LocalPolitics
26 Nov 2026 • 3:42 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

3 Tan Syabu Bernilai RM156 Juta Diseludup Guna Pangkalan TUDM Di Sabah - Saifuddin 

KUALA LUMPUR - Satu sindiket penyeludupan dadah dipercayai menggunakan dua pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Sabah sebagai laluan untuk membawa keluar tiga tan syabu bernilai lebih RM156 juta sepanjang tempoh dua tahun lalu.

Kegiatan itu sekali gus mendedahkan kelemahan kawalan keselamatan membabitkan kemudahan ketenteraan strategik negara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, hasil siasatan mengenal pasti 21 transaksi membabitkan pengedaran dadah berkenaan, dengan tujuh daripadanya dikesan melalui pangkalan TUDM Tawau, manakala 14 lagi membabitkan pangkalan TUDM Labuan.

Menurut beliau, kegiatan di Tawau melibatkan 1.8 tan syabu, sementara 1.2 tan lagi diseludup menerusi Labuan.

“Tujuh transaksi membabitkan 1.8 tan syabu bernilai RM9.3 juta dikesan melalui Tawau.

“Di Labuan pula, sebanyak 14 transaksi berlaku sejak Ogos 2024, melibatkan 1.2 tan syabu bernilai RM63 juta,” katanya ketika menjawab soalan pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Pendedahan itu turut mendorong penelitian di peringkat Jemaah Menteri, dengan Saifuddin memaklumkan beliau akan membentangkan laporan menyeluruh berhubung kes yang turut melibatkan anggota TUDM esok.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, juga dijangka memberikan taklimat kepada Jemaah Menteri mengenai insiden berkenaan, khususnya berkaitan implikasinya terhadap keselamatan aset negara serta kemudahan strategik.

Saifuddin berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan meneliti kelemahan yang dikenal pasti menerusi kes itu bagi merangka langkah penambahbaikan, termasuk memperketat kawalan keselamatan di premis strategik.

“Kebiasaannya, apabila timbul isu serius seperti ini, menteri yang berkaitan akan diminta memberikan taklimat kepada Jemaah Menteri,” katanya pada sidang media selepas perhimpunan bulanan kementerian itu di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas soalan tambahan Manndzri Nasib (BN-Tenggara) berhubung hasil risikan serta dakwaan bahawa sindiket berkenaan telah menjalankan kegiatan itu untuk tempoh yang lama. - Getaran, 26 November 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved