“30 Hari 30 Kes Bomba”- Gelagat Individu Gagal Tiru Resipi Khairul Aming Buat Ramai Pecah Perut [Video]

EntertainmentFood
5 Mar 2025 • 3:21 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Setiap kali tibanya bulan puasa, selain bazar Ramadan masyarakat Malaysia juga tidak sabar menantikan 30 resipi yang sering dikongsikan oleh influencer dan usahawan, Khairul Aming.

Namun pada tahun ini, influencer ini tampil dengan sedikit kelainan apabila berkongsi sebanyak 60 resipi kepada para peminat yang setia menanti menu darinya.

Melihat sahaja konten yang dikongsikan, pasti ramai yang mula terliur kerana hasil masakan yang nampak begitu menyelerakan.

Individu cuba buat Hot Chicken Tenders Seperti dikongsikan Khairul Aming

Baru-baru ini, seorang individu turut tidak melepaskan peluang untuk mencuba salah satu resipi yang dikongsikan oleh Khairul Aming iaitu Hot Chicken Tenders.

Namun apa yang menjadi perhatian cubaan individu ini bukan sahaja gagal sebaliknya turut membuatkan ramai geli hati.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Havocadoo di TikTok, awalnya kelihatan dia menunjukkan video Khairul Aming ketika membuat resipi berkenaan.

Malah dia menjangkakan menu itu akan menjadi sama seperti apa yang dikongsikan influencer berkenaan sewaktu dia meletakkan minyak panas pada rempah untuk menyalut ayam bersalut tepung yang sudah digoreng.

Siap keluar api pada periuk

Namun jangkaannya meleset apabila minyak di dalam periuk digunakannya bertukar menjadi api.

Bukan hanya itu, dia juga masih dilihat gigih cuba untuk memasukkan minyak berkenaan ke dalam rempah yang telah diletakkan di dalam mangkuk.

Sebaik sahaja dia menuang sedikit minyak ke dalam mangkuk berkenaan kelihatan api tersebut turut ikut bersama sehingga meninggalkan kesan hangus pada sudu.

“Hmm tak jadi,” tulisnya di ruang kapsyen seperti bersedih.

image is not available

Ramai terhibur lihat gelagat individu cuba ikut resipi Khairul Aming

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang terhibur melihat gelagat individu berkenaan yang cuba untuk membuat resipi Khairul Aming namun gagal.

Malah apa yang menjadi perhatian lagi, video itu turut di ‘repost’ oleh Khairul Aming.

Tidak kurang juga ada yang memberikan tips kepada individu berkenaan untuk memercikkan api sekiranya ingin mengetahui tahap kepanasan minyak.

“30 hari, 30 kes bomba”

image is not available

“Hidupkan streak katanya.”

image is not available

“Tak apalah bang memang kau photographer jelah, jangan masak dah ya?”

image is not available

“Bang masak pakai minyak tanah ke?”

image is not available