“Tak Perlu Lari & Lompat” – Lelaki Kongsi Tips Besenam Atasi Masalah Perut Buncit [Video]

Health & Fitness
5 Mar 2025 • 3:15 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Masalah perut buncit mungkin dianggap remeh bagi sesetengah individu di Malaysia. Ini boleh dilihat apabila wujud perumpamaan seperti ‘perut buncit tanda bahagia” yang percaya seseorang yang bahagia boleh dilihat melalui perutnya yang boroi.

Bagaimanapun, tidak semua orang mengambil ringan tentang perkara itu kerana ia boleh menjejaskan penampilan selain perut buncit juga menandakan bahaya terhadap kesihatan.

Individu-individu yang ingin mencegah masalah perut buncit ini kebiasaannya akan mengamalkan gaya hidup sihat seperti menjaga pemakanan serta melakukan senaman dan sukan seperti berlari, berenang, berbasikal dan banyak lagi.

Lelaki kongsi senaman mudah untuk hilangkan masalah perut buncit

Pun begitu, seorang influencer yang sering berkongsi petua dikenali sebagai Mahadi Abdullah telah berkongsi senaman yang dapat membantu menghilangkan masalah perut buncit.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya (@mahadiabdullah07), dia berkata senaman itu tidak memerlukan pergerakan yang banyak dan susah.

“Perut buncit jadi rata hanya dengan satu pergerakan, tanpa perlu berlari dan tanpa perlu melompat,” katanya.

Posisi senaman hanya turun, naik dan gerak badan kiri, kanan

Tunjuknya di dalam video, posisi senaman itu hanyalah berdiri dan menolak kedua-dua belah tangan ke atas.

Kemudian turunkan badan sedikit ke bawah seperti ingin mencangkung sebelum naik semula dan pusingkan badan ke kiri dan ke kanan. Katanya, lakukan langkah tersebut berulangkali.

Jika ingin mengetahuinya dengan lebih jelas, sila tonton video di bawah:

@mahadiabdullah07

Jom lakukan pergerakan bantu perut jadi rata dan jom join Live Onfitz Ramadan setiap hari Jam 7.45 pagi #onfitzramadan #onfitzpagi #perutbuncit #abgpetua #mahadiabdullah07

♬ original sound – Mahadi Abdullah | Abg Petua – Mahadi Abdullah | Abg Petua

Ketahui apa itu perut buncit

Untuk info, memetik Hello Doktor, masalah perut buncit kebiasaannya disebabkan oleh lemak visceral iaitu sejenis lemak degil yang mengelilingi organ-organ di sekitar perut dan abdomen individu.

Pengumpulan lemak degil di perut dan abdomen ini biasanya dikaitkan dengan tabiat pengambilan makanan tidak seimbang tertentu terutama lemak, gula dan karbohidrat yang berlebihan.

Selain itu, individu yang tidak gemar bergerak dan bersenam juga berisiko mengalami peningkatan lemak termasuk di kawasan perut yang boleh membawa kepada masalah perut buncit.