
PETALING JAYA – Sebanyak 30 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat pukul 10.30 pagi ini.
Berdasarkan paparan Sistem Pengurusan Kualiti Alam Sekitar Malaysia (MyEQMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), Pasir Gudang, Johor mencatatkan bacaan IPU tertinggi iaitu 209, sekali gus berada pada tahap sangat tidak sihat.
Larkin, Johor pula merekodkan bacaan IPU kedua tertinggi iaitu 195, diikuti Nilai, Negeri Sembilan (190) dan Johan Setia, Selangor (185).
Klang, Selangor mencatatkan bacaan 181, diikuti Seremban, Negeri Sembilan (180), Bandaraya Melaka (179), Bukit Rambai, Melaka dan Pengerang, Johor masing-masing 178.
Putrajaya merekodkan bacaan 174, diikuti Petaling Jaya, Selangor (173), manakala Shah Alam, Selangor, Port Dickson, Negeri Sembilan, Alor Gajah, Melaka dan Batu Pahat, Johor masing-masing mencatatkan bacaan 172.
Kluang, Johor merekodkan bacaan 171, diikuti Seri Manjung, Perak, Batu Muda, Kuala Lumpur dan Banting, Selangor masing-masing 169.
Cheras, Kuala Lumpur mencatatkan bacaan 167, diikuti Kota Tinggi, Johor (166), Tangkak, Johor (163) dan Tanjung Malim, Perak (161).
Segamat, Johor merekodkan bacaan 160, manakala Kuala Selangor, Selangor dan Temerloh, Pahang masing-masing mencatatkan bacaan 155.
Pegoh dan Tasek di Ipoh, Perak masing-masing merekodkan bacaan 153 dan 151, manakala Tawau, Sabah mencatatkan bacaan 153.
Rompin, Pahang pula merekodkan bacaan 152, manakala Jerantut, Pahang mencatatkan bacaan 112.
Sementara itu, sebanyak 37 kawasan lagi berada pada tahap sederhana dengan bacaan IPU antara 51 hingga 100. – KOSMO! ONLINE
The post 30 kawasan catat IPU tidak sihat, Pasir Gudang paling teruk appeared first on Kosmo Online.





