“Bukan 3 Jam, Saya Dan Aliff Hanyalah Kawan” – Ruhainies

11 Mar 2024 • 3:57 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
ruhainies

Memetik laporan daripada Harian Metro, Ruhainies yang ditangkap khalwat bersama Aliff Aziz di kondominium tempoh hari kongsikan waktu sebenar yang diambil mereka untuk keluar dari rumah.

Menurut Ruhainies waktu 3 jam yang dihebahkan kepada umum adalah tidak benar termasuk beberapa fakta yang tidak tepat mengenai laporan penangkapan mereka.

30 minit. Bukan tiga jam. Apa yang berlaku bukanlah seperti yang diuar-uarkan dan tak sampai tiga jam pun. “Jadi, apabila benda tidak tepat dikeluarkan, lebih banyak spekulasi dibuat oleh orang ramai.

Selain itu, Ruhainies juga memaklumkan beliau akan mengeluarkan kenyataan rasmi apabila tiba waktunya.

Saya akan keluarkan kenyataan rasmi nanti. Saya tak mahu memberikan kenyataan bersifat terburu-buru kerana tidak mahu kenyataan saya ditokok tambah atau dimanipulasi oleh pihak tidak bertanggungjawab.

image is not available

Untuk pengetahuan korang, pelakon wanita ini sudah 10 tahun mengenali Aliff Aziz dan mereka berdua hanya kawan biasa.

Kesimpulannya, Ruhainies perlu mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat bagi menghentikan spekulasi tentang dirinya bersama Aliff sehingga mengundang fitnah.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media