30 pemborong gas LPG berlesen di Selangor selesai diaudit - KPDN

LocalPolitics
29 Oct 2026 • 11:32 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 30 pemborong gas LPG berlesen di Selangor selesai diaudit - KPDN
Serbuan KPDN Selangor di Sungai Pelek, Sepang membongkar kegiatan penyelewengan gas LPG secara haram Selasa lalu. Gambar kecil: Muhamad Hanif

SHAH ALAM - Sebanyak 30 pemborong gas petroleum cecair (LPG) berlesen di Selangor selesai diaudit Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) tahun ini sebagai langkah menangani kegiatan penyelewengan bahan api itu.

Pengarah KPDN Selangor, Muhamad Hanif Asa'ari berkata, pihaknya kini sedang mempergiat tindakan naziran dan audit di semua pemborong gas LPG berlesen.

"Di Selangor terdapat sebanyak 42 pemborong LPG berlesen dan setakat ini 30 pemborong sudah diaudit.

"Tindakan ini akan diteruskan sehingga selesai bagi memastikan semua pemegang lesen dilakukan naziran," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Selasa lalu, menerusi Op Tiris 4.0, KPDN Selangor membongkar stor di kawasan ladang kelapa sawit yang melakukan kegiatan pemindahan pemindahan (decanting) secara haram iaitu memindahkan gas daripada tong LPG 14 kilogram (kg) bersubsidi ke dalam tong LPG 50kg bagi kegunaan komersial.

Operasi bermula jam 9 itu berjaya bertindak menyita 207 tong LPG pelbagai jenama berkapasiti 14 dan 50kg disita selain sebuah lori bonded dengan nilai keseluruhan RM120,000.

Tiga lelaki berusia lingkungan 20 hingga 30 termasuk dua warga asing disyaki pekerja berjaya diberkas.

KPDN Selangor juga mengesyaki bekalan LPG bersubsidi tersebut dipercayai diperoleh daripada pemborong berlesen di sekitar Banting, Tanjung Sepat dan Sungai Pelek.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved