30 Tahun, Satu Ikon: Raikan Tiga Dekad Kegemilangan Siti Nurhaliza Di Konsert Julai Ini

Entertainment
5 May 2025 • 10:16 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Peminat setia penyanyi tersohor tanah air, Dato’ Sri Siti Nurhaliza bakal menyaksikan sebuah persembahan muzik yang memukau menerusi Violet Skies: Dato’ Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars secara langsung!

Raikan tiga dekad kegemilangan bersama biduanita negara dalam malam penuh magis yang bakal menggegarkan pentas dengan vokal bertenaga, rangkaian lagu ikonik, dan produksi bertaraf dunia.

Arena of Stars, Resorts World Genting bakal menjadi saksi kepada kemunculan istimewa Siti Nurhaliza atau lebih popular dengan gelaran TokTi pada 5 dan 6 Julai 2025, jam 8:30 malam.

Konsert bersejarah ini menandakan satu lagi pencapaian gemilang selepas kejayaan dua persembahan yang laris tahun lalu.

Dikenali dengan vokal memukau, aura pentas yang menawan, serta pesonanya yang mampu memikat hati peminat merentas generasi, beliau bakal membawa penonton menyelusuri perjalanan seni menerusi rangkaian lagu popular yang telah mengukir sejarah dalam industri muzik tanah air.

Bintang tersohor Asia Tenggara itu, telah menawan jutaan hati dengan bakat luar biasa, dedikasi tanpa henti dan karya seni yang terus mekar sepanjang zaman.

Sempena ulang tahun ke-30 dalam industri, konsert mega ini bakal menjadi pentas berprestij yang meraikan legasi kegemilangan beliau menyatukan peminat setia dan generasi baharu dalam satu malam penuh nostalgia dan kemegahan muzik.

Tiket bermula dari RM278, sudah tersedia untuk ditempah

Tiket sudah mula dijual secara rasmi pada 30 April 2025, jam 3.00 petang. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada detik bersejarah ini dan saksikan persembahan eksklusif yang pasti memukau!

Harga tiket bermula dari RM278 (PS4) dan terdapat banyak kategori tempat duduk lain seperti RM768 (VIP), RM658 (PS1), RM528 (PS2), dan RM398 (PS3).

image is not available

Sebagai ganjaran, Ahli Genting Rewards Card berpeluang menikmati diskaun tetap sebanyak 10% melalui pembayaran tunai, kad kredit, atau penebusan Mata Ganjaran Genting yang hanya sah bagi pembelian tiket VIP, PS1, PS2 dan PS3 sahaja. Setiap pembelian tiket akan dikenakan caj pemprosesan tambahan sebanyak RM4.00.

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada konsert eksklusif ini! Nikmati malam penuh pesona yang mengimbau memori, persembahan bertenaga dan keunggulan muzik di destinasi hiburan bertaraf dunia serta resort bersepadu terkemuka di Malaysia.

Raikan detik istimewa ini bersama insan tersayang dan alami sendiri keindahan muzik yang memukau saat TokTi menguasai pentas dalam konsert ulang tahun yang pasti meninggalkan kenangan terindah.

Untuk maklumat lanjut dan pembelian tiket, sila layari laman tempahan konsert Siti Nurhaliza di sini.