Anak Tiri TokTi Selamat Bertunang, Keluarga Titip Ucapan Tahniah Buat Aazief

Entertainment
28 Apr 2025 • 5:32 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Anak tiri kepada penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Aazief Khalid telah selamat bertunang bersama gadis pilihan hatinya dalam satu majlis tertutup yang hanya dihadiri oleh keluarga terdekat.

Berita tersebut dikongsikan oleh abangnya yang juga merupakan usahawan dan personaliti media sosial, Asyraf Khalid menerusi satu hantaran di Instagram Story.

“Adik saya dah selamat bertunang. Tahniah Aazief dan Izza. Semoga Allah merahmati hubungan kalian berdua.”

image is not available

Dalam video tersebut, Aazief kelihatan segak berbaju Melayu teluk belanga dengan samping berwarna kuning dan ditemani oleh ibunya, Tengku Zawyah Tengku Izham.

image is not available

image is not available

Berdasarkan hantaran tersebut, wanita yang berjaya mencuri hati Aazief itu dikenali sebagai Izza. Malah, dilihat TokTi yang berbaju kurung hijau bersama suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau dikenali sebagai Datuk K turut hadir dalam majlis tersebut.

Sumber : Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.