300 bakul makanan, air botol untuk mangsa banjir

6 Jul 2024 • 12:29 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Hayati Dzulkifli

Kota Kinabalu: Sebuah syarikat perkhidmatan sokongan terkemuka di hospital kerajaan di Sabah, Sedafiat Sdn Bhd, menyumbang kira-kira 300 bakul makanan dan karton air minuman botol kepada mangsa banjir Penampang, Putatan, Tuaran dan Tamparuli.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Awang Buhtamam bin Ag Mahmun berkata syarikat itu membuat sumbangan sedemikian di bawah tanggungjawab sosial korporatnya (CSR) kepada hampir 300 ketua isi rumah yang terjejas akibat banjir baru-baru ini pada 30 Jun lalu.

Beliau berkata semua sumbangan itu akan diserahkan kepada pejabat daerah masing-masing di Penampang, Putatan, dan Tuaran yang akan mengagihkan kepada mangsa banjir yang dikenal pasti.

Menurutnya, beliau difahamkan lebih 200 mangsa banjir berlindung di pusat pemindahan Penampang di Pusat Kebudayaan Penampang sebelum pusat itu ditutup pada Rabu (3 Julai).

SPONSORED CONTENT Shell awards Sabah LiveWIRE winners Kota Kinabalu: Shell has awarded five enterprises as the state winners of Shell LiveWIRE Malaysia 2024, following the Sabah state finals held at Plaza Shell in Kota Kinabalu. . Read more “Saya juga dimaklumkan kebanyakan mangsa banjir di sini tidak mendapat perlindungan di Pusat Kebudayaan Penampang, sebaliknya memilih tinggal bersama ahli keluarga atau saudara mara.

“Jadi jumlah mangsa banjir itulah yang kita prihatin dan ingin membantu meringankan beban mereka dengan mengagihkan barangan kepada mereka.

“Ini kerana saya melihat mangsa banjir di pusat pemindahan sementara menerima pelbagai bantuan daripada kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat,” katanya.

Ag Buhtamam berkata demikian kepada Daily Express selepas menyerahkan sumbangan tersebut kepada Penolong Pegawai Daerah (Pentadbiran) Putatan Mohamad Ikram bin Datuk Aidi, yang mewakili Pejabat Daerah Putatan, di pejabat itu, dekat sini, Khamis.

Justeru, katanya syarikat itu menyumbangkan barangan keperluan untuk kira-kira 200 ketua isi rumah mangsa banjir di Penampang, 37 bakul makanan dan karton air minuman botol kepada mangsa banjir di Putatan, diikuti 30 di Tamparuli dan 13 di Tuaran,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.