Banjir: Wanita ditemukan maut dipercayai lemas di Penampang

1 Jul 2024 • 12:04 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Bernama

PENAMPANG: Seorang wanita berusia 37 tahun ditemukan maut dipercayai lemas dalam kejadian banjir di Penampang pagi ini, setelah hilang dihanyutkan arus deras malam tadi.

Ketua Polis Daerah Penampang Supt Sammy Newton berkata mangsa dijumpai kira-kira 500 meter dari tempat dia dihanyutkan arus deras itu di sekitar persimpangan Jalan Penampang Bypass di sini pada 8 pagi.

Beliau berkata pihak polis menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira pukul 10 malam sebelum operasi mencari dan menyelamat digerakkan, namun berdepan cabaran arus deras dan air pasang.

“Kita teruskan operasi mencari dan menyelamat pada 6 pagi tadi melibatkan dua pegawai dan empat anggota polis, tujuh pegawai dan 13 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), serta 10 anggota bomba.

SPONSORED CONTENT Hajiji says positive economic achievements prove Sabah govt’s commitment Kota Kinabalu: Chief Minister, Datuk Seri Hajiji Noor, emphasised that the positive economic achievements over the past three years underscore the Sabah government’s steadfast commitment to both the administration and development of the state. Read more “Mayat mangsa ditemukan tersangkut di pagar dan pokok bunga,“ katanya kepada pemberita di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Kebudayaan Penampang di sini hari ini.

Sammy berkata dalam kejadian itu, mangsa yang berasal dari sini dipercayai cuba meredah kawasan arus deras dalam keadaan air pasang pada waktu kemuncak sehingga mencapai paras pinggang malam tadi.

Beliau berkata kes kematian pertama dalam kejadian banjir di Penampang itu diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut.

“Kita nasihatkan kepada masyarakat supaya sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa agar tidak berlaku kejadian yang tidak diingini,“ katanya.

Banjir yang dipercayai berlaku akibat hujan lebat berterusan tengah hari semalam hingga malam tadi menyebabkan 112 mangsa daripada 40 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Kebudayaan Penampang pagi ini.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.