33 Orang Termasuk Pelajar & Guru Disyaki Dijangkiti Kencing Tikus Selepas Berkunjung Di Kolam Air Panas

LocalHealth & Fitness
13 Jun 2024 • 10:30 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Salah satu penyakit yang merisaukan kita semua ketika melakukan aktiviti di kawasan air seperti sungai dan air terjun ialah wabak leptospirosis atau dikenali dengan nama kencing tikus.

Baru-baru ini, seramai 33 individu termasuk pelajar dan guru sebuah sekolah di Melaka, disyaki dijangkiti leptospirosis selepas mengunjungi Kolam Air Panas Jasin, sejak minggu lalu.

Menurut Pengarah Kesihatan Melaka Dr Ruzita Mustaffa, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Melaka Tengah menerima notifikasi bahawa sekumpulan pelajar mengalami gejala demam, batuk, selesema dan sakit badan selepas mengikuti program terapi di kolam air panas itu.

image is not available

Jelasnya, mereka yang dijangkiti mengalami gejala demam, batuk, selesema dan sakit badan.

“Sebanyak 27 orang yang terdiri daripada 15 pelajar, sembilan guru dan tiga penjaga mengalami gejala demam, batuk, selesema dan sakit badan,” katanya.

Tambahnya, enam kes baharu wabak itu dikesan dalam kalangan orang awam yang berkunjung ke kolam air panas berkenaan sepanjang tempoh 7 Jun hingga semalam.

Beliau berkata, penilaian risiko yang dijalankan mendapati lokasi itu mempunyai persekitaran yang kondusif untuk penularan penyakit kencing tikus dan sampel persekitaran turut dihantar ke makmal untuk ujian pengesahan.

Susulan itu, pusat rekreasi tersebut telah diarahkan tutup sert-merta selama 14 hari bermula 8 Jun dan pengusaha diarahkan untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan.

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.