34 individu ditahan dalam serbuan pusat panggilan pertaruhan bola sepak

LocalFootball
6 Jul 2026 • 2:45 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

34 individu ditahan dalam serbuan pusat panggilan pertaruhan bola sepak

KUALA LUMPUR, 6 JULAI: Polis menahan 34 individu termasuk 33 warga asing dalam serbuan di sebuah premis yang dijadikan pusat panggilan pertaruhan bola sepak Piala Dunia 2026 dan pusat hiburan tanpa lesen di Taman Wahyu, Sentul dekat sini semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata serbuan jam 3.30 pagi itu dijalankan Bahagian Pencegahan Judi, Maksiat dan Gengsterisme, Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul hasil risikan dan pemantauan ke atas kegiatan itu.

Beliau berkata mereka yang ditahan terdiri daripada 28 warga China, tiga lelaki warga Myanmar, seorang lelaki warga Korea, seorang wanita warga Thailand serta seorang wanita tempatan berusia antara 20 hingga 40 tahun.

“Siasatan awal mendapati premis itu digunakan untuk mengurus, menganjur dan mempromosi perjudian dalam talian membabitkan pertaruhan bola sepak Piala Dunia 2026 selain menjalankan kegiatan pusat hiburan tanpa lesen.

“Premis berkenaan dipercayai mula beroperasi sejak pertengahan Jun lalu dan waktu operasi dari 5 petang hingga 3 pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Fadil berkata polis turut merampas 15 telefon bimbit pelbagai jenama, dua komputer riba, wang tunai RM60 dan pelbagai peralatan muzik yang disyaki digunakan dalam premis itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1)(c) dan Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953, Seksyen 4(1) Akta Hiburan Wilayah Persekutuan 1992 serta Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1959/63.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved