34 kawasan catat IPU tidak sihat, Klang tertinggi

LocalEnvironment
15 Oct 2026 • 9:42 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: 34 kawasan catat IPU tidak sihat, Klang tertinggi

PETALING JAYA: Sebanyak 34 kawasan mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat dengan dua stesen di Selangor iaitu Johan Setia dan Klang merekodkan bacaan menghampiri 200, pagi ini.

Berdasarkan Sistem Pengurusan IPU (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), setakat pukul 9 pagi ini, Johan Setia mencatatkan bacaan tertinggi iaitu pada 192 manakala Klang pada 191.

Sekiranya, bacaan IPU di kedua-dua kawasan itu terus mencatatkan peningkatan hingga melebihi 200, semua sekolah berdekatan perlu ditutup berdasarkan garis panduan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan (PTJK).

Lain-lain kawasan yang terjejas adalah Nilai dengan kadar IPU 187, Larkin (187), Bukit Rambai (184), Seremban (182), Batu Pahat (182), Pasir Gudang (181), Shah Alam (179), Bandaraya Melaka (178), Tangkak (177), Port Dickson (176), Alor Gajah (176), Putrajaya (175), Cheras (172), Banting (170) dan Pengerang (170).

Selain itu, Tanjung Malim mencatatkan bacaan IPU 168, Petaling Jaya (168), Seri Manjung (167), Kluang (165), Batu Muda (162), Kota Tinggi (162), Kuala Selangor (161), Segamat (161), Temerloh (156), Jerantut (152), Samarahan (152), Rompin (151) dan Indera Mahkota (151).

Turut terjejas adalah Seberang Perai (142), IPD Serian (120), Pengoh (110) dan Tasek Ipoh (108).

Mengikut klasifikasi APIMS, bacaan IPU antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat, manakala 51 hingga 100 berada pada tahap sederhana. – UTUSAN

The post 34 kawasan catat IPU tidak sihat, Klang tertinggi appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved