
TAWAU: Seramai 342 warga Indonesia dihantar pulang ke negara asal sempena program pemindahan tahanan pendatang tanpa izin (PTI) yang berlangsung dua hari menerusi Pelabuhan Tawau.
Pengarah Imigresen Sabah, Datuk Sh Sitti Saleha Habib Yusoff berkata, program terbabit adalah siri 13 dan 14 yang melibatkan tahanan warganegara Indonesia sahaja.

