Platform Realiti Maya Google Jump Akan Berhenti Beroperasi Jun Ini

19 May 2019 • 7:43 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Masihkah anda ingat empat tahun yang lalu realiti maya ialah teknologi yang dipercayai akan digunakan secara meluas. Pelbagai peranti realiti maya, kamera dan platform dibangunkan bagi menyokong penghasilan kandungan realiti maya. Salah satunya ialah JUMP pada tahun 2015 dari gergasi teknologi Google. Platform ini walau bagaimanapun akan dihentikan operasinya pada 26 Jun 2019.

image is not available
Penghentian operasi berlaku kerana pengurangan jumlah pengguna sejak dilancarkan. Pengguna boleh memuat turun kandungan mereka sehingga 27 Jun sebelum ianya dipadam dari storan awanan dan akaun dipadam. Antara kamera yang menyokong jumpa ialah kamera 360 Yi Halo dan Go Pro Odyssey.

Tahun ini melihat kematian beberapa platform realiti maya. Pada Mac lalu Google telah menutup studio filem realiti maya 360 darjah Spotlight Strories selepas enam tahun beroperasi dan menghasilkan 13 filem.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved