Astro akan memperkenalkan antaramuka baharu pada aplikasi Astro Go serta kotak TV mereka. Selain rekaan yang lebih mesra pengguna dan kontemporari, ia juga akan menawarkan pengalaman penstriman kandungan yang lebih lancar tanpa sela masa. Pihak Astro hari ini telah membuka program ujian Beta terbuka untuk pelanggan yang ingin mencuba antaramuka baharu lebih awal.

Pada waktu ini ujian berada di tahap Beta V1.1. Pada ujian Beta V1.2 pula, kotak TV kandungan 4K dan juga sistem storan awanan pula akan diperkenalkan. Ini akan membenarkan tontonan kandungan pada resolusi lebih tinggi dan mengakses kandungan yang telah direkod pada pelbagai peranti yang dimiliki pengguna.
Untuk mendaftar kepada ujian Astro Beta Programme anda boleh klik pautan di bawah dan pendaftaran adalah percuma.Kami difahamkan perubahan antaramuka pada kotak TV akan berlaku dalam seminggu selepas tempoh pendaftaran manakala aplikasi Astro Go Beta berasingan perlu dimuat turun.
Laman Astro Beta Programme untuk menguji antaramuka baharu





