35,000 pengguna di Kelantan putus bekalan air 10 hari

5 Sep 2026 • 2:51 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 35,000 pengguna di Kelantan putus bekalan air 10 hari

PETALING JAYA – Beberapa kawasan di Kelantan dijangka mengalami gangguan bekalan air selama 10 hari susulan kerja-kerja pembaikan paip air mentah jenis GRP yang pecah di Loji Rawatan Air (LRA) Merbau Chondong.

Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) menerusi satu kenyataan di laman Facebook memaklumkan kerja-kerja pembaikan berkenaan dijalankan bermula semalam hingga 13 September 2026.

Gangguan bekalan air itu membabitkan beberapa jajahan iaitu Machang, Pasir Puteh, Kota Bharu Timur dan Kota Bharu Selatan.

Menurut AKSB, kira-kira 35,000 bil akaun pengguna terjejas akibat gangguan berkenaan.

“Kerja-kerja pembaikan paip air mentah jenis GRP pecah di LRA Merbau Chondong,” menurut notis berkenaan.

AKSB memohon maaf atas kesulitan yang dialami pengguna sepanjang tempoh kerja-kerja pembaikan tersebut.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut menerusi laman sesawang AKSB, Facebook rasmi AKSB serta aplikasi MyAKSB.

Sebarang pertanyaan atau aduan juga boleh disalurkan kepada AKSB Careline di talian 15777 atau WhatsApp 019-5755777. – KOSMO! ONLINE.

The post 35,000 pengguna di Kelantan putus bekalan air 10 hari appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved