36 kawasan catat IPU tidak sihat, Johan Setia tertinggi 193

LocalEnvironment
18 Sep 2026 • 3:21 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Johan Setia tertinggi 193

PETALING JAYA: Sebanyak 36 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat (antara 101 hingga 200) setakat pukul 12 tengah hari tadi.

Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), bacaan tertinggi direkodkan di Johan Setia, Selangor iaitu 193, diikuti Kuching, Sarawak 187.

Di Sarawak, kawasan lain yang terjejas ialah IPD Serian (176), Samarahan (181), Sibu (162), Sarikei (160), Bintulu (155), Sri Aman (153) dan Mukah (148) manakala di Sabah pula, Tawau merekodkan bacaan IPU 108.

Sementara itu, Putrajaya mencatatkan bacaan IPU 176 manakala di Selangor dan Wilayah Persekutuan, Shah Alam (172), Cheras (167), Banting (166), Batu Muda (165), Petaling Jaya (164), Klang (160) dan Kuala Selangor (138).

Negeri Sembilan pula merekodkan bacaan tidak sihat di Nilai (180), Seremban (171) dan Port Dickson (158), manakala Perak melibatkan Seri Manjung (175), Tasek Ipoh (170) dan Tanjung Malim (153).

Turut merekodkan bacaan tidak sihat beberapa kawasan di Melaka iaitu Alor Gajah (164), Bukit Rambai (160), Bandaraya Melaka (152); Pahang pula Temerloh (151), Jerantut (105) manakala Johor, Tangkak (160), Segamat (158), Batu Pahat (155), Kluang (153) dan Larkin (133). – UTUSAN

 

The post 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Johan Setia tertinggi 193 appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved