Selangor, KL hujan tapi IPU Johan Setia kekal tertinggi

LocalEnvironment
18 Sep 2026 • 3:10 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Selangor, KL hujan tapi IPU Johan Setia kekal tertinggi

PETALING JAYA – Sebanyak 34 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat pukul 2.25 petang ini.

Berdasarkan data portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), Johan Setia, Selangor kekal merekodkan bacaan IPU tertinggi iaitu 192, diikuti Negeri Sembilan di Nilai (179).

Turut mencatatkan bacaan tinggi di Selangor ialah Shah Alam (171), Petaling Jaya (165), Banting (165), Klang (162) dan Kuala Selangor (134), sementara kawasan lain di Negeri Sembilan ialah di Seremban (168), dan Port Dickson (156).

Di Sarawak, Kuching mencatatkan bacaan IPU 178, Samarahan (171), IPD Serian (167), Sibu (165), Bintulu (160), Sarikei (160), Sri Aman (153), Mukah (152) dan Kapit (153).

Sementara itu di Putrajaya IPU direkodkan ialah 175, Batu Muda, Kuala Lumpur (169) dan Cheras (168), manakala Perak, 173 di Seri Manjung, Tasek Ipoh (166), Tanjung Malim (153) dan Pegoh Ipoh (140).

Di Melaka, kawasan terlibat ialah Alor Gajah (162), Bukit Rambai (159), Bandaraya Melaka (144), dan di Pahang, Temerloh (153) dan Jerantut (134).

Turut dalam senarai ialah Johor di Segamat (161), Tangkak (158), Batu Pahat (154) dan Kluang (152).

Dalam pada itu, sebanyak 32 kawasan lain mencatatkan bacaan IPU pada tahap sederhana iaitu antara 51 hingga 100.

Kosmo! pagi tadi melaporkan, Johan Setia, Selangor merekodkan bacaan IPU tertinggi iaitu 194 pada tahap tidak sihat setakat pukul 10.50 pagi.

Sementara itu, Jabatan Meterorologi pula meramalkan hujan lebat dan ribut petir di lapan negeri sehingga pukul 3 petang ini, antaranya di Selangor dan Kuala Lumpur. – KOSMO! ONLINE

The post Selangor, KL hujan tapi IPU Johan Setia kekal tertinggi appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved