
PETALING JAYA – Sebanyak 35 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat pukul 10.50 pagi ini.
Berdasarkan data portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), Johan Setia, Selangor merekodkan bacaan IPU tertinggi iaitu 194, diikuti Kuching, Sarawak (190).
Turut mencatatkan bacaan tinggi di Selangor ialah Shah Alam (171), Banting (166), Petaling Jaya (164), Klang (160), Kuala Selangor (138), sementara kawasan lain di Sarawak ialah Samarahan (181), IPD Serian (176), Sibu (162), Sarikei (160), Bintulu (155), Sri Aman (153) dan Mukah (148).
Di Sabah hanya di Tawau (108), Negeri Sembilan pula dengan catatan 180 di Nilai, Seremban (171), Port Dickson (158), manakala di Perak, 175 di Seri Manjung, Tasek Ipoh (170) dan Tanjung Malim (153).
Sementara itu di Putrajaya, IPU mencatatkan bacaan 175, manakala Kuala Lumpur di Cheras 167 dan Batu muda (165).
Di Melaka, kawasan terlibat ialah Alor Gajah (164), Bukit Rambai (160), Bandaraya Melaka (152), dan di Pahang, Temerloh (151) dan Jerantut (105).
Turut dalam senarai ialah Johor di Tangkak (160), Segamat (158), Batu Pahat (155), Kluang (153) dan Larkin (133).
Dalam pada itu, sebanyak 30 kawasan lain mencatatkan bacaan IPU pada tahap sederhana iaitu antara 51 hingga 100.
Berdasarkan klasifikasi APIMS, bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana manakala bacaan antara 101 hingga 200 berada pada tahap tidak sihat. – KOSMO! ONLINE
The post IPU Johan Setia tertinggi, hampir cecah 200 appeared first on Kosmo Online.





