4,622 warga emas, OKU di Kuala Kubu Bharu terima baucar beli-belah

8 Feb 2023 • 10:04 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 8 FEB: Sebanyak 4,622 warga emas dan orang kurang upaya (OKU) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu layak menerima baucar Jom Shopping Skim Mesra Usia Emas (SMUE) bernilai RM150.

Wakil rakyatnya Lee Kee Hiong berkata sejak Januari lalu pihaknya sudah menyerahkan 2,826 baucar atau 60 peratus kepada golongan berkenaan.

“Tahun ini, kita tidak lagi buat penyerahan mengikut bulan kelahiran peserta SMUE, ini bererti penerima boleh ambil baucar mereka pada bila-bila masa di Pusat Khidmar Masyarakat (PKM) DUN Kuala Kubu Bharu.

“Warga emas atau OKU yang belum ambil baucar boleh bawa kad pengenalan dan datang pada waktu pejabat,” katanya menerusi Facebook.

Kerajaan Negeri sebelum ini mengumumkan syarat had kelayakan pendapatan isi rumah bagi penerima baucar Jom Shopping ditingkatkan daripada RM2,000 kepada RM3,000 sebulan mulai tahun ini.

Penerima juga bakal menerima baucar beli-belah RM150 setahun berbanding RM100 tahun lalu serta khairat kematian RM500.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved